Print
Tajuk Hospital Guards Seek Cure for Late Salaries
Akhbar The Star
Tarikh Siaran 13-05-2015
Kategori Aduan akhbar
Dikeluarkan Oleh Dr Hj Kamaruddin bin Hj Alias
Maklum Balas Berhubung kelewatan bayaran gaji bulanan oleh Syarikat Keselamtan Cobra Force Sdn. Bhd kepada pengawal Keselamtan mereka, Hospital Taiping ingin memaklumkan bahawa pihak hospital hanya menerima invois tuntutan bayaran ke atas cas perkhidmtan keselamatan daripada syarikat bertarikh 29 April 2015. Semakan mendapati terdapat kesilapan ke atas invois yang dikemukakan dan pihak Hospital Taiping memulangkan semula invois berkenaan bagi tujuan pembetulan kepada pihak syarikat. Pada 30 April 2015, pihak hospital taiping telah menerima surat pemfaktoran daripada Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyatakan bahawa bayaran kontrak No KKM-1/2015/K/TAIPING (KS) perlu dibuat terus kepada syarikat pemfaktoran Ikhlas Al-Daim melalui no ac 26433900004169. Pihak Hospital Taiping telah menerima kembali invois yang telah dibaiki pada 7 Mei 2015. Pihak Hospital Taiping telah mengemukankan surat teguran kepada syarikat pada 27 April 2015 berikutan kelewatan bayaran gaji pada para pengawal mereka. Pihak syarikat telah memberi maklum kepada Hospital Taiping pada 12 Mei 2015 bahawa kelewatan pembayaran gaji ke atas Pengawal Keselamatan adalah berpunca daripada kesilapan pihak syarikat mendapatkan maklumat boring kedatangan dan jadual kerja lebih masa daripada pengawal-pengawal untuk tujuan pemprosesan gaji. Namun pihak syarikat telah membuat jaminan kepada hospital Taiping supaya kelewatan ini tidak akan berulang.