Jenis tender TERBUKA
Kategori perolehan BEKALAN
Tajuk tender

Tawaran Tender Bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Pakej Sistem Peralatan Perubatan Di Jabatan Pengimejan Dan Diagnostik, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis Seperti Berikut:

 

<
Kod bidang 090100
No. Jadual T/P&P 119/2011 (RAY KG 2011)
Harga Dokumen (RM) 70
Tarikh Iklan
Tarikh Tutup 10-10-2011 04:00:00
Kelayakan kontraktor Syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA memiliki Lesen Atom Kelas C di bawah Akta 304 yang dikeluarkan oleh LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM atas nama syarikat petender itu sendiri
Penerangan

 

TARIKH/MASA/TEMPAT LAWATAN TAPAK(Kehadiran Lawatan Tapak DIWAJIBKAN) 

 

Tarikh :19 September 2011 (Isnin)
Masa :10.00 pagi
Tempat : Jabatan Pengimejan dan Diagnostik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar

 

DOKUMEN TENDER

Dokumen Tender boleh diperolehi/dijual selepas tarikh Lawatan Tapak di Kaunter Tender dan Sebut Harga, Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E7, Kompleks E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya pada waktu-waktu pejabat seperti berikut:-

 

ISNIN – KHAMIS       -      8.00 PAGI                        -           1.00 PETANG

                                    -      2.00 PETANG                 -           4.00 PETANG

 

            JUMAAT        -      8.00 PAGI                        -           12.00 TENGAH HARI

                                                -      2.45 PETANG                 -           4.00 PETANG

 

 

 TARIKH & MASA TUTUP TENDER

 

Tawaran Tender ini ditutup pada 10 Oktober 2011 (Isnin), jam 12.00 tengah hari.  Tempat serahan Dokumen Tender hanya di:-

 

KAUNTER TENDER DAN SEBUT HARGA,

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENSWASTAAN,

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,

ARAS 7, BLOK E7, KOMPLEKS E, PRESINT 1,

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

62590 PUTRAJAYA. 

 

Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

 

Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dalam bentuk Bank Draf/Kiriman Wang Pos/Wang Pos atas nama Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia.  Wang tunai/cek tidak diterima.  Bayaran ini tidak akan dikembalikan sama ada berjaya atau tidak.  KONTRAKTOR-KONTRAKTOR YANG INGIN MEMBELI DOKUMEN TENDER DIWAJIBKAN  MEMBAWA SIJIL ASAL  LESEN ATOM KELAS C DI BAWAH AKTA 304 YANG DIKELUARKAN OLEH LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM  DAN SIJIL  PENDAFTARAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA BESERTA SALINAN SIJIL PENDAFTARAN (TIDAK DIKEMBALIKAN) UNTUK PENGESAHAN PENDAFTARAN. 

 

Syarikat/Firma/Koperasi/Pemilikan Tunggal* hendaklah mengambil perhatian bahawa setiap transaksi melalui Sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus (0.8%) mengikut setiap nilai invois yang dikemukakan kepada Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM9,600.00 (Ringgit Malaysia: Sembilan Ribu Enam Ratus Sahaja) bagi inovis yang bernilai RM1.2 juta (Ringgit Malaysia: Satu Juta Dua Ratus Ribu Sahaja) atau lebih.

 

*Yang mana berkenaan

 

Ketua Setiausaha,

Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lampiran
Lampiran
Lampiran
Lampiran
Lampiran

 

Dokumen boleh diperolehi di:

 

 


Bahagian Perolehan dan Penswastaan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 7, Blok E7, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.


pada waktu pejabat seperti berikut:


ISNIN - KHAMIS
8.00 PAGI - 1.00 PETANG
2.00 PTG - 4.00 PETANG

JUMAAT
8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
2.45 PTG - 4.00 PETANG