MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Seranta Awam Atas Talian - Deraf Rang Undang-Undang Air Minum Yang Selamat

YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/tuan dan puan,

 

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang di dalam proses merangka Rang Undang-Undang Air Minum Yang Selamat. Paparan dokumen Rang Undang-Undang Air Minum Yang Selamat adalah seperti di 
http://eservices.moh.gov.my/mohsurvey/index.php/453686/lang-ms

 

Secara umumnya, tujuan penggubalan Rang Undang-Undang Air Minum Yang Selamat adalah untuk melindungi orang awam daripada bahaya kesihatan akibat daripada menggunakan air minum yang tidak mematuhi tahap kualiti yang ditetapkan. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui pengurusan keselamatan dan kebersihan air minum daripada semua sistem air minum di seluruh Malaysia secara lebih rasional.

 

Konteks “air minum” yang termasuk di dalam skop Rang Undang-Undang ini adalah “air yang boleh diminum yang mematuhi standard yang dinyatakan dalam Peraturan pada mana-mana tahap dalam sistem air minum selepas proses rawatan, proses pengeluaran atau pada mana-mana tahap penggunaan, tidak termasuk apa-apa air yang diselia di bawah Akta Makanan 1983 [Akta 281]”.

 

Oleh yang demikian, penguatkuasaan Akta Air Minum Yang Selamat adalah merangkumi dari loji rawatan air (air terawat) sehingga ke pengguna, tidak termasuk kawasan tadahan air yang merupakan di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Penguatkuasaan air minuman berbungkus (AMB), air mineral semulajadi (AMS) dan air mesin pula adalah termasuk di bawah skop Akta 281 dengan pengecualiannya dinyatakan di dalam Rang Undang-Undang Air Minum Yang Selamat. Pengurusan perkhidmatan air pula adalah tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 654] dan Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 655] yang meliputi kawal selia ekonomi, teknikal dan sosial serta perlindungan hak pengguna berhubung industri air minum dan pembetungan. Kedua-dua Akta tersebut terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan; tidak termasuk negeri Sabah dan Sarawak, manakala Rang Undang-Undang Air Minum Yang Selamat yang dicadangkan ini adalah meliputi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

 

Di negara-negara maju, pemantauan mutu air minum dilaksanakan oleh agensi Kerajaan yang berkecuali dan kompeten seperti Drinking Water Inspectorate (DWI) di United Kingdom (UK) dan United States Environmental Protection Agency (USEPA) di Amerika Syarikat. Pemantauan ini dilaksanakan selaras dengan penguatkuasaan undang-undang seperti Water Act 2003 (England and Wales) di UK dan Safe Drinking Water Act 1974 di Amerika Syarikat. Hakikatnya, penggubalan Rang Undang-Undang Air Minum Yang Selamat adalah disokong dengan saranan daripada World Health Organization (WHO) sendiri iaitu supaya kedua-dua fungsi pengawasan dan kawalan mutu air minum dilaksanakan oleh pihak ketiga dan dalam konteks ini iaitu KKM. Ini adalah bertujuan bagi mengelakkan konflik kepentingan yang mungkin berlaku apabila kedua-dua fungsi ini dilaksanakan oleh pihak yang sama.

 

Seranta awam atas talian ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan mendukung prinsip ketelusan dan kesaksamaan bagi pelaksanaan sesuatu undang-undang. Oleh yang demikian, seranta awam atas talian bagi cadangan penggubalan Rang Undang-Undang Air Minum Yang Selamat ini akan disiarkan selama 14 hari bermula pada 02 Disember 2013 hingga 19 Disember 2013 iaitu bagi tempoh selama 14 hari bekerja.

 

Justeru, pihak KKM ingin menjemput semua rakyat Malaysia sama ada secara persendirian ataupun mewakili organisasi tertentu untuk sama-sama memberi pandangan mengenai cadangan penggubalan Rang Undang-Undang Air Minum Yang Selamat, melalui borang maklum balas (LAMPIRAN 1) yang dilampirkan. Sebarang maklum balas amatlah dialu-alukan dan boleh dikemukakan kepada pihak Kementerian ini melalui e-mel berikut: ruuamys@moh.gov.my.

 

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehlah diajukan kepada:

 

En. Mohd Zaharon bin Mohd Talha

No. tel.  : 03-8892 4448

No. faks: 03-8892 4704

E-mel    : zaharon@moh.gov.my

 

En. Kamarulzaman bin Ab Ghani

No. tel.  : 03-8892 4964

No. faks: 03-8892 4704

E-mel    : kamarulzaman.abdghani@moh.gov.my

 

Cik Dewi Anneka binti Halid

No. tel.  : 03-8892 4694

No. faks: 03-8892 4704

E-mel    : dewi.anneka@moh.gov.my

 

Terima kasih di atas perhatian dan kerjasama anda.

Sekian.

 

 

Seksyen Kawalan Alam Sekitar,

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.




LAMPIRAN : Lampiran 1_Borang Maklumbalas RUUAMYS




  •  
  • Print
  • Email this page