YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/tuan dan puan,
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk membuat pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Di Malaysia, kawalan ke atas keselamatan dan kualiti makanan di sepanjang rantaian makanan terletak di bawah bidang kuasa KKM. Di bawah Akta Makanan 1983, KKM khususnya Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab untuk melindungi orang ramai daripada bahayanya daripada segi kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
Draf Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) (Bil.1) 2014 adalah termasuk pindaan mengenai kehendak import makanan, standard makanan, keperluan pelabelan makanan dan aditif makanan.
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pindaan ini dibuat secara telus dan mengambil kira maklumbalas pihak berkepentingan yang berkaitan, adalah menjadi tanggungjawab BKKM, KKM untuk mengadakan seranta awam atas talian ini.
Sehubungan itu, sukacita BKKM, KKM menjemput semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam proses seranta awam ini dan mengemukakan pandangan serta maklumbalas menggunakan Lampiran III yang dilampirkan.
Terima kasih.
PENGARAH KANAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Semua maklum balas hendaklah dikemukakan ke alamat di bawah melalui surat bertulis secara rasmi / faks / emel sebelum 24 Januari 2014.
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E7, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya, MALAYSIA
Tel : +603-8885 0797
Faks : +603-8885 0790
E-mel : perundanganbkkm@moh.gov.my
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Pn. Maria Afiza Omar (+603- 8885 0762 atau maria.afiza@moh.gov.my)
Cik Norshafawati Rosli (+603- 8885 0797 atau norshafawati@moh.gov.my)
Lampiran: | Lampiran II Pandangan Awal bagi Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan Bil1 2014.doc |
Lampiran III -BM Version.doc |