Sukacita dimaklumkan bahawa satu biasiswa Seameo Tropmed dan penamaan calon akan ditawarkan kepada peserta Malaysia untuk mengikuti kursus Diploma In Applied Parasitology and Entomology (DAP&E) di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur Malaysia. Kursus ini akan bermula pada 14 Julai sehingga 12 Disember 2014 dan berlangsung selama 5 bulan. Seorang calon dikehendaki mengisi Borang Permohonan SEAMEO-TROPMED sebanyak 2 salinan dan menyertakan salinan sijil akademik dan rekod transkrip.
Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 7 Mei 2014 (untuk peringkat KKM) sebelum diajukan kepada pihak penganjur. Berikut disertakan Lampiran berkaitan tawaran ini.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:
1. Puan Haizan Hazleen
No. Telefon: 03 88850600 samb. 6019
Emel: haizan.hazleen@moh.gov.my atau
2. Puan Pushpa Valli
No. Telefon: 0388850600 samb. 6188
Emel: pushpa_valli@moh.gov.my