MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Cadangan Pewartaan Kedai Makan dan Restoran Sebagai Tempat Larangan Merokok


SERANTA AWAM ATAS TALIAN BAGI MEWARTAKAN KEDAI MAKAN , RESTORAN, TAMAN NEGARA DAN TAMAN AWAM SEBAGAI TEMPAT DILARANG MEROKOK DI BAWAH PERATURAN 11 , PPKHT 2004

 

 

YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/tuan dan puan,

 

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

 

Saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Unit Kawalan Tembakau (UKT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk mewartakan kedai makan, restoran, taman negara dan taman awam sebagai tempat dilarang merokok di Malaysia.

 

Sejajar dengan Malaysia sebagai sebuah Negara yang telah menandatangani perjanjian WHO Framework Convention for Tobacco Control (FCTC) adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan implementasi terhadap Artikel 8 perjanjian ini iaitu melindungi golongan bukan perokok dari bahaya asap rokok dipatuhi.

 

Implementasi Artikel 8 WHO FCTC ini telah dipertejemahkan ke dalam Peraturan – peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004) melalui dua(2) peraturan iaitu Peraturan 11, di mana tempat dilarang merokok dan Peraturan 22 , Menteri boleh melarang merokok dalam sesuatu bangunan , premis atau tempat.

 

Semenjak tahun 2010 , Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia , Jabatan Kesihatan Negeri dan Kerajaan Negeri telah melaksanakan program Bandar Bebas Asap Rokok.

 

Melalui aktiviti Bandar Bebas Asap Rokok bangunan , premis dan tempat yang menjadi tumpuan awam selain dari tersenarai di dalam peraturan 11diwartakan di bawah Peraturan 22 dan salah satu daripadanya adalah Taman Negara dan Taman Awam.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia berpendapat bahawa inisiatif yang bagus ini perlu dilaksanakan di seluruh negara. Inisiatif ini dimulakan dengan mewartakan Taman Negara dan Taman Awam sebagai Tempat DIlarang Merokok di dalam Peraturan 11.

 

 

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pewartaan ini dibuat secara telus dan mengambil kira maklumbalas pihak berkepentingan yang berkaitan, adalah menjadi tanggungjawab UKT, KKM untuk mengadakan seranta awam atas talian ini.

 

Sehubungan itu, sukacita UKT, KKM menjemput semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam proses seranta awam ini dan mengemukakan pandangan serta maklumbalas menggunakan Lampiran III yang dilampirkan.

 

Terima kasih.

 

PENGARAH

BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 Untuk makluman, tarikh akhir untuk menjawab survey adalah pada  31 Mei 2015.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sila klik pautan berikut untuk menjawab survey

http://eservices.moh.gov.my/mohsurvey/index.php/959729/lang-ms















  •  
  • Print
  • Email this page