MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Kenyataan Rasmi Berhubung Dengan Penangguhan Sementara Sistem E-Housemen

image

KENYATAAN RASMI

PENANGGUHAN SEMENTARA SISTEM E-HOUSEMEN BAGI TUJUAN PEMULIHAN SISTEM


1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membangunkan  Sistem  e-Housemen bagi membolehkan penawaran penempatan Pegawai Perubatan Gred UD41 untuk menjalani latihan siswazah diuruskan secara atas talian. Sistem tersebut mulai dibuka kepada pegawai bagi ambilan bulan April 2015. Bercirikan ketelusan, mudah diakses dan memberi nilai untuk wang (value for money), sistem tersebut telah pun berjaya digunakan oleh calon yang ditawarkan pelantikan oleh SPA dalam tempoh Januari 2015 hingga Februari 2015 untuk mereka memilih sendiri penempatan latihan siswazah tanpa perlu lagi hadir ke Kementerian Kesihatan Malaysia, tertakluk kepada kekosongan jawatan.

2. Sistem e-Housemen juga telah diuji rintis dan mempunyai keupayaan  untuk menerima kemasukan serentak pendaftaran dan pemilihan oleh Pegawai Perubatan Gred UD41.

3. Walau bagaimanapun, bagi ambilan bulan Jun 2015, sistem e-Housemen yang dibuka mulai 11 Mei hingga 18 Mei 2015 telah mengalami masalah teknikal dan menjejaskan kelancaran pengoperasian sistem tersebut. KKM sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menyelesaikan masalah berkenaan. KKM juga dari semasa ke semasa akan memaklumkan kepada pegawai mengenai status kesiapsediaan sistem tersebut.

4. Kesulitan amatlah dikesali.

 

Tarikh: 12 Mei 2015 

Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Pengurusan Maklumat




  •  
  • Print
  • Email this page