IKLAN TAWARAN MENGIKUTI KURSUS DI DALAM DAN LUAR NEGARA DENGAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN KEPADA PEGAWAI PENGURUSAN PROFESIONAL (BUKAN GUNASAMA) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2016/2017
Adalah dimaklumkan bahawa Iklan Tawaran Permohonan Sarjana/ Area of Special Interest/ PhD, Sarjana Perubatan dan Subkepakaran Sesi Akademik 2016/2017 telah mula dibuka mulai 30 Jun 2015 hingga 31 Julai 2015. Permohonan bagi Tawaran A- Sarjana/ Area of Special Interest/ PhD, Tawaran B-Sarjana Perubatan adalah secara online dan Tawaran C-Subkepakaran adalah secara hardcopy. Iklan dan permohonan ini boleh dilayari di link - http://e-hlp.moh.gov.my.
Tuan/ Puan hendaklah membaca semua syarat dan cara permohonan mengikut tawaran yang berkaitan sebelum memohon. Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan sahaja yang akan dipertimbangkan permohonannya.
Sekian, Harap Maklum
Lampiran : Surat Iklan Tawaran HLP tahun 2016