PENILAIAN PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN SETENGAH TAHUN PERTAMA (JANUARI - JUN 2015)
Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/To' Puan /Tuan/ Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa tempoh menjawab dan mengesahkan maklumat dalam Sistem 3PK akan bermula pada 1 Julai 2015 (Rabu) dan berakhir pada 31 Julai 2015 (Jumaat).
2. Sehubungan itu tuan/puan dipohon untuk mengambil tindakan segera sebelum tempoh pengisian dan pengesahan maklumat ini tamat.
3. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila kemukakan emel dengan kadar segera kepada s3pk@moh.gov.my atau menghubungi Cawangan Audit Dalam di talian bernombor 03 8883 2181 / 2212/ 2175. Khidmat bantuan ini dibuka pada waktu bekerja sahaja mulai 1 hingga 31 Julai 2015.
4. Sistem ini boleh dilayari di http://spppk.moh.gov.my dengan paparan terbaik menggunakan Internet Explorer.
Sekian, terima kasih.
Admin Sistem 3PK