MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

IKLAN TAWARAN BIASISWA KOMANWEL DI UNITED KINGDOM 2016 BAGI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTOR

IKLAN TAWARAN BIASISWA KOMANWEL DI UNITED KINGDOM 2016 BAGI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN

Adalah dimaklumkan bahawa tawaran Biasiswa Komanwel Di United Kingdom 2016 Bagi Pengajian Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran yang dianjurkan Commonwealth Scholarships Commission oleh telah dibuka dibawah kendalian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 
Syarat kelayakkan bagi calon kakitangan Kerajaan adalah seperti berikut:

a) Berkhidmat secara tetap;
b) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
c) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
d) Umur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada tarikh tutup permohonan;
e) Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Markah keseluruhan IELTS tidak kurang 6.5 bagi peperiksaan yang diambil selepas 1 Oktober 2014;
f) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014);
g) Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan. (dikira dari tarikh permohonan);
h) Telah mengisytiharkan harta;
i. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
ii. Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA.
 
Sehubungan dengan itu, calon KKM yang berminat untuk memohon biasiswa tersebut serta memenuhi syarat kelayakkan dan syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan, hendaklah mengemukakan dokumen yang telah lengkap kepada:-  
 
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
Bahagian Pengurusan Latihan
Aras 6, Menara Prisma
No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya 
(u.p En. Ahmad Amryl bin Abd Malek/ amryl@moh.gov.my)
 
Sila hantar dokumen permohonan kepada BPL selewat-lewatnya pada 1 November 2015. Pihak BPL akan memajukan permohonan berkenaan kepada JPA setelah mendapatkan kelulusan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) KKM. Sebarang kelewatan mengemukakan dokumen berkenaan akan menyebabkan ia tidak dapat diproses. Sila layari pautan dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut. 
 
 
 

  •  
  • Print
  • Email this page