Bersama-sama ini dikemukakan RALAT Dokumen Iklan Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Penghantaran Barangan Import Kerajaan oleh MTO untuk dimuatnaik dan disiarkan dalam Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Butiran RALAT iklan sebut harga adalah seperti berikut:-
RALAT PERTAMA:
Merujuk kepada pelawaan Sebut Harga Bil. 11/2015 melalui e-mel bertarikh 15/09/2015, dimaklumkan bahawa kaedah pengangkutan bagi kesemua 300 unit mesin Hemodialisis Type A dan 335 mesin Hemodialisis Type B adalah secara FOB Laut dari pengkalan memuat Port of Hamburg, GERMANY ke pengkalan punggah Pelabuhan Klang, MALAYSIA sebelum diagihkan ke lokasi pengguna.
Pindaan ini melibatkan Dokumen B - Ringkasan Advis Perkapalan dan Dokumen B1, B2, B3 dan B4 - Borang DISC 1.
RALAT KE-2:
Merujuk kepada pelawaan Sebut Harga Bil. 11/2015 melalui e-mel bertarikh 15/09/2015, dimaklumkan bahawa bagi 335 mesin Hemodialisis Type B untuk (i) Penghantaran Pertama, (ii) Penghantaran Ke-2 dan (iii) Penghantaran ke-3, terdapat pindaan seperti berikut:-
(a) Tarikh Jangkaan Siap untuk Diangkut : (i) 16 Oktober 2015 (ii) 23 Oktober 2015 (iii) 28 Oktober 2015
(b) Kuantiti bagi setiap item (Mesin Hemodialisis, Dialysis Chair dan Dialysis Table) : (i) 186 unit (ii) 71 unit (iii) 78 unit
(c) Berat Kasar : Mesin Hemodialisis - (i) 21,446 kg (ii) 8,8186 kg (iii) 8,994 kg
Dialysis Chairs - (i) 8,556 kg (ii) 3,266 kg (iii) 3,588 kg
Dialysis Tables - (i) +/-3,720 kg (ii) +/-1,420 kg (iii) +/-1,560 kg
(d) Dimensi : Mesin Hemodialisis - (i) 316 m³ (ii) 121 m³ (iii) 133 m³
Dialysis Chairs - (i) 180.4 m³ (ii) 69 m³ (iii) 76 m³
Dialysis Tables - (i) 41 m³ (ii) 16 m³ (iii) 17.2 m³
Pindaan ini melibatkan Dokumen B - Ringkasan Advis Perkapalan dan Dokumen B2, B3 dan B4 - Borang DISC 1 serta Dokumen C - Borang Perincian Harga bagi Dokumen C2, C3, dan C4.
Muat Turun Ralat Dokumen Sebutharga Berkaitan