PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM SANGKUTAN PEGAWAI KANAN KERAJAAN DI SYARIKAT-SYARIKAT SWASTA REPUBLIK PERSEKUTUAN JERMAN TAHUN 2016
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bil. JPA(I)S. 175/8/26-58 Klt.3 (15) bertarikh 3 September 2015 berhubung perkara yang tersebut di atas.
2. Sukacita dipohon kerjasama YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Datin / To’ Puan / Tuan / Puan untuk mengedarkan makluman pelawaan tawaran program di atas kepada pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 48 - 54 untuk mengikuti kursus tersebut di Jabatan / Bahagian masing-masing yang berminat dan layak untuk mengikuti program tersebut berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di dalam surat JPA yang dilampirkan.
3. Setiap permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) di Portal JPA, http://www.jpa.gov.my atau http://esila.jpa.gov.my. Permohonan dibuka mulai 3 September hingga 2 Oktober 2015. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar ke Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM dengan disertakan bersama-sama :-
i) Salinan Ijazah Pertama atau kelayakan yang setaraf dengannya;
ii) Salinan Ijazah Sarjana (jika ada);
iii) Salinan Ijazah Ph.D (jika ada);
iv) Salinan Senarai Tugas;
v) Borang CV (Appendix A); dan
vi) Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C)
4. Setiap permohonan perlulah lengkap dan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk perakuan Jawatankuasa Latihan sebelum atau pada 2 Oktober 2015 ke alamat berikut :-
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya
62675 Putrajaya.
(u/p : Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2)
5. Untuk sebarang pertanyaan pihak YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Datin / To’ Puan / Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai di bawah :-
i) Puan Noorfizawati Binti Saidin
No. Tel : 03-88850692
Emel : noorfizawati@moh.gov.my
Sekian, terima kasih.