Y.Bhg. Datuk/Dato’/To’ Puan/Datin/Dr./Tuan/Puan,
Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Pihak Urus setia JPICT memohon kerjasama Bahagian / Institusi / Jabatan Kesihatan Negeri yang bercadang memohon kelulusan perolehan projek ICT di mesyuarat tersebut agar menghantarnya kepada Urus Setia JPICT melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT (PROFIT).
3. PROFIT merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh pihak MAMPU bertujuan untuk mendaftar dan merekod permohonan perolehan projek ICT, mengemas kini dan memantau semua projek ICT yang dibangunkan dan dilaksanakan oleh semua fasiliti KKM. Sistem ini boleh dicapai melalui alamat http://profitv2.mampu.gov.my.
4. Untuk tujuan permohonan kelulusan teknikal projek ICT, Bahagian / Institusi / Jabatan Kesihatan Negeri juga dipohon untuk mengemukakan permohonan ID Pengguna dan kata laluan untuk menggunakan aplikasi PROFIT melalui Urus Setia JPICT KKM.
5. Mesyuarat JPICT mengikut Takwim KKM 2016 dijadualkan seperti berikut :
Mesyuarat |
Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Permohonan Untuk Kelulusan Mesyuarat JPICT 2016 |
Mesyuarat JPICT KKM |
JPICT |
22 Januari 2016 |
4 Mac 2016 (JUMAAT) |
JPICT |
1 April 2016 |
10 Mei 2016 (SELASA) |
JPICT |
1 Julai 2016 |
9 Ogos 2016 (SELASA) |
JPICT |
30 September 2016 |
1 November 2016 (SELASA) |
6. Manakala mesyuarat JK Teknikal Projek ICT (JTI) dijadualkan seperti berikut:
Mesyuarat |
Cadangan Tarikh* |
JTI KKM Bil. 1/2016 |
15 & 16 Feb 2016 |
JTI KKM Bil. 2/2016 |
17 Mac 2016 |
JTI KKM Bil. 3/2016 |
14 April 2016 |
JTI KKM Bil. 4/2016 |
14 Julai 2016 |
JTI KKM Bil. 5/2016 |
8 September 2016 |
JTI KKM Bil. 6/2016 |
11 Oktober 2016 |
* Tertakluk kepada perubahan. Semua kertas permohonan ke JPICT akan dibawa ke mesyuarat JTI terlebih dahulu.
7. Permohonan kelulusan bagi projek ICT dibuka sepanjang tahun berdasarkan had nilai kelulusan seperti Jadual A. Kertas yang diterima melewati tarikh mesyuarat yang telah ditetapkan akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya. Sebarang kertas kerja atau pertanyaan mengenai JPICT boleh dikemukakan kepada Urus Setia JPICT KKM melalui emel urusetiajpict@moh.gov.my atau nombor telefon berikut : 03-88833381 / 03-88833432 / 03-88833446.
Jenis Permohonan |
Nilai Projek (RM) Juta (J) Ribu (K) |
Peringkat Kelulusan |
|
Mesyuarat JK Teknikal dan/atau |
Mesyuarat JPICT |
||
Pembangunan Aplikasi |
<50K (termasuk aplikasi yang |
√ |
- |
≥50K |
- |
√ |
|
Perolehan peralatan , |
≥50K hingga <500K |
√ |
- |
≥500K |
- |
√ |
Jadual A : Had Nilai dan Peringkat Kelulusan Teknikal Projek ICT
7. Kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Datuk/Dato’/To’/Puan/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
URUS SETIA
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT)
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA