MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Iklan Tawaran HLP CBBPT Gunasama

PELAWAAN KEMUDAHAN PENAJAAN UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESSIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D) SECARA SEPENUH MASA SESI 2017


Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) Perkhidmatan Awam untuk
memohon kemudahan penajaan bagi mengikuti pengajian diperingkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) secara sepenuh masa. Walau bagaimanapun pelawaan ini hanya terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Gunasama KKM (seperti Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Latihan Vokasional Dan Pegawai Psikologi). Sehubungan dengan itu, anggota KKM yang berminat dan berkelayakkan boleh mendapatkan maklumat lanjut dan memohon secara online dengan melayari laman web http://esilav2.jpa.gov.my/ . Syarat-syarat permohonan dan tatacara permohonan juga boleh dimuat turun daripada laman web tersebut.
Dokumen yang telah lengkap  hendaklah dikemukakan kepada:- 
 
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
Bahagian Pengurusan Latihan
Aras 6, Menara Prisma
No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya
(u.p En.Nor Azhar Bin Kamaludin / norazhar.k@moh.gov.my)
 
Dokumen yang perlu dihantar adalah:-
 
  1. 3 set borang borang permohonan  yang telah diperakukan (1 set KKM, 2 set JPA)
  2. 4 set salinan kertas penyelidikan
  3. 1 salinan buku perkhidmatan
  4. Dokumen sokongan
    1. Salinan Ijazah Pertama lengkap dengan transkrip atau perincian peratus markah/PNGK atau kelulusan yang setaraf dengannya;
    2. Salinan Ijazah Sarjana Lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah/PNGK atau kelulusan yang setaraf dengannya (sekiranya ada);
    3. Salinan Sijil Perkahwinan dan sijil kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkeluarga)
    4. Salinan slip keputusan TOEFL atau IELTS bagi IPTA/IPTS berkaitan
 
Sila hantar dokumen permohonan kepada BPL selewat-lewatnya pada 27 Jun 2016. Pihak BPL akan memajukan permohonan berkenaan kepada JPA setelah mendapatkan kelulusan peringkat tertinggi KKM. Sebarang kelewatan mengemukakan dokumen berkenaan atau dokumen tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak dapat diproses. 

  •  
  • Print
  • Email this page