MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Program Biasiswa Chevening Tajaan Kerajaan United Kingdom 2017/2018

PROGRAM BIASISWA CHEVENING TAJAAN KERAJAAN UNITED KINGDOM 2017/2018

Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Tinggi British Di Kuala Lumpur telah mempelawa rakyat Malaysia yang berkelayakkan untuk memohon tajaan Biasiswa Chevening bagi tahun 2017/2018. permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal eSilav2 bermula dari 29 Ogos 2016 sehingga 29 Septermber 2016.

Walau bagaimanapun, calon-calon yang merupakan kakitangan Kerajaan perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;

2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;

3. Umur tidak melebihi 50 tahun pada 1 Januari 2017;

4. Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;

5. Telah mengisytiharkan harta;

6. Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut 2013, 2014 & 2015;

7. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;

8. Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA;

9. Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari 8 Ogos 2016);

10. Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;

11. Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai; dan

12. Mendapat pelepasan daripada Ketua Jabatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini kelak.

Maklumat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman web Chevening di www.chevening.org/malaysia

 

 

 


  •  
  • Print
  • Email this page