PROGRAM “KOREAN DEVELOPMENT INSTITUTE (KDI) SCHOOL OF PUBLIC POLICY AND MANAGEMENT SCHOLARSHIP FOR THE SPRING 2017 ADMISSION”
Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mempelawa permohonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) kementerian ini untuk memohon kemudahan program “Korean Development Institute (KDI) School Of Public Policy And Management Scholarship For The Spring 2017 Admission” bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa melalui sistem atas talian mulai 30 Ogos sehingga 23 September 2016. Sehubungan dengan itu, semua anggota KKM yang berminat dan berkelayakkan boleh mendapatkan maklumat lanjut dan memohon secara online dengan melayari laman web http://esilav2.jpa.gov.my/ .
Dokumen yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:-
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
Bahagian Pengurusan Latihan
Aras 6, Menara Prisma
No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya
(u.p En.Nor Azhar Bin Kamaludin / norazhar.k@moh.gov.my)
Sila hantar dokumen permohonan kepada BPL selewat-lewatnya pada 21 September 2016. Pihak BPL akan memajukan permohonan berkenaan kepada JPA setelah mendapatkan kelulusan peringkat tertinggi KKM. Sebarang kelewatan mengemukakan dokumen berkenaan akan menyebabkan ia tidak dapat diproses.