MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Pelawaan Kemudahan Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa Sesi 2016/2017

PELAWAAN KEMUDAHAN PENAJAAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA SESI 2016/2017
UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT DIPLOMA LEPASAN IJAZAH,
SARJANA DAN Ph.D SECARA SEPARUH MASA

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) Perkhidmatan Awam
untuk memohon kemudahan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa sesi 2016/2017 untuk pegawai Pengurusan dan Profesional bagi
mengikuti pengajian di peringkat Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana Dan Ph.D secara separuh masa. Walau bagaimanapun pelawaan ini hanya terbuka kepada Pegawai
Perkhidmatan Gunasama KKM (seperti Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Latihan Vokasional Dan Pegawai Psikologi).

Sehubungan dengan itu, anggota KKM yang berminat dan berkelayakkan boleh mendapatkan maklumat lanjut dan memohon secara online dengan
melayari laman web http://esilav2.jpa.gov.my/ . Syarat-syarat permohonan dan tatacara permohonan juga boleh dimuat turun daripada laman web tersebut.
Dokumen yang telah lengkap  hendaklah dikemukakan kepada:- 
 
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
Bahagian Pengurusan Latihan
Aras 6, Menara Prisma
No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya
(u.p En.Nor Azhar Bin Kamaludin / norazhar.k@moh.gov.my)
 
Dokumen yang perlu dihantar adalah seperti yang dinyatakan dalam Perkara 7: Tatacara Permohonan/Pencalonan dalam iklan pelawaan tersebut. Sila hantar dokumen
permohonan kepada BPL selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2016. Pihak BPL akan memajukan permohonan berkenaan kepada JPA
setelah mendapatkan kelulusan peringkat tertinggi KKM. Sebarang kelewatan mengemukakan dokumen berkenaan atau dokumen tidak lengkap akan menyebabkan permohonan
tidak dapat diproses. 

 



  •  
  • Print
  • Email this page