Bahasa Melayu | English   | Lain-Lain Bahasa  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
header_new__logo

PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI NATIONAL HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT INSTITUTE (NHI)



SILA KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK MAKLUMAT LANJUT

NHI JPA
NHI KKM

PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI NATIONAL HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT INSTITUTE (NHI), 

REPUBLIK KOREA TAHUN 2017 BAGI KUMPULAN PELAKSANA GRED 27-40

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan rujukan no. JPA(I)S.179/17/2-4 Klt.4(8) bertarikh 16 Januari 2017 berhubung perkara yang tersebut di atas.


2.         Sukacita dipohon kerjasama
YBhg. Dato’ Seri / Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan untuk mengedarkan makluman pelawaan tawaran program di atas kepada pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 27 sehingga 40
di Jabatan / Bahagian masing-masing yang berminat dan layak untuk mengikuti program tersebut berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di dalam surat JPA yang dilampirkan.


3.         Setiap permohonan hendaklah diisi secara
atas talian (on-line) di Portal JPA,  http://esilav2.jpa.gov.my. Permohonan dalam talian (on-line) dibuka mulai 16 Januari sehingga 27 Januari 2017.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar ke Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM
dengan disertakan bersama-sama:

i)              Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C);
ii)             Salinan senarai tugas; dan
iii)           Salinan Kad Pengenalan calon.

4.         Setiap permohonan perlulah lengkap dan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk perakuan Jawatankuasa Latihan sebelum atau pada 27 Januari 2017 ke alamat berikut :-

Setiausaha Bahagian
            Bahagian Pengurusan Latihan
            Kementerian Kesihatan Malaysia
            Aras 6, No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3,
            Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya
            62675 Putrajaya.
(u/p : Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2)

5.         Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Dato’ Seri / Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai  di bawah:

i)              Puan Noorfizawati Binti Saidin

No. Tel            : 03-88850692

Emel                : noorfizawati@moh.gov.my

 

ii)             Puan Nuraza binti Saidy

No. Tel            : 03-88850706

Emel                : azaazman@moh.gov.my


Kemaskini pada 2017-01-24 10:21:25 daripada Administrator

  •  
  • Email this page