Bahasa Melayu | English   | Lain-Lain Bahasa  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
header_new__logo

Pencalonan Bagi Mengikuti Program Pembangunan Eksekutif Di National Human Resources Development Inst


PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI NATIONAL HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT INSTITUTE (NHI),
REPUBLIK KOREA TAHUN 2017 BAGI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan rujukan no. JPA(I)S.179/17/2-9 Klt.3(12) bertarikh 15 Mac 2017
berhubung perkara yang tersebut di atas
(Surat edaran JPA dan KKM disertakan).

 

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa mana-mana pegawai yang berminat dan berkelayakan dari
Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41-44 dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48-54 untuk memohon bagi mengikuti kursus seperti di atas.

           

3.         Pegawai yang berminat boleh mengisi permohonan secara atas talian (on-line) di Portal JPA,  http://esilav2.jpa.gov.my.
Tarikh tutup permohonan atas talian (on-line) adalah pada 31 Mac 2017 (Jumaat). Borang permohonan yang telah lengkap diisi
hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar ke Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM
dengan disertakan bersama-sama:

 

           i)              Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C);

           ii)             Salinan senarai tugas; dan

           iii)            Salinan Kad Pengenalan calon.

 

4.         Setiap permohonan perlulah lengkap dan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk perakuan Jawatankuasa Latihan
sebelum atau pada 31 Mac 2017 (Jumaat) ke alamat berikut :-

                       

Setiausaha Bahagian

Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 6, No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya

62675 Putrajaya.

(u/p : Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2)

 

5.         Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Dato’ Seri / Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai  di bawah:

 

i) Puan Noorfizawati Binti Saidin

No. Tel : 03-88850692

Emel  : noorfizawati@moh.gov.my

 

ii)        Puan Nuraza binti Saidy

No. Tel: 03-88850706

Emel : azaazman@moh.gov.my


Kemaskini pada 2017-03-23 12:56:17 daripada Administrator

  •  
  • Email this page