Bahasa Melayu | English   | Lain-Lain Bahasa  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
header_new__logo

Tawaran Biasiswa Seameo Tropmed Network Bagi Mengikuti Kursus ‘Diploma In Applied Parasitology And


TAWARAN BIASISWA SEAMEO TROPMED NETWORK BAGI MENGIKUTI  KURSUS
‘DIPLOMA IN APPLIED PARASITOLOGY AND ENTOMOLOGY (DAP&E)’ 
PADA 12 JULAI HINGGA 15 DISEMBER 2017
DI INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN (IMR) KUALA LUMPUR
 

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Secretary General/ Coordinator SEAMEO TROPMED Network, Bangkok menerusi Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR), Kuala Lumpur telah
mempelawa peserta Malaysia yang berkelayakkan untuk memohon tawaran Biasiswa SEAMEO TROPMED Network  bagi mengikuti kursus DAP&E secara sepenuh masa pada
12 Julai hingga 15 Disember 2017 di IMR, Kuala Lumpur.
 

           

3.       Sehubungan dengan itu, calon yang berminat dan berkelayakan perlu menghantar dokumen yang telah dilengkapkan pada atau sebelum 20 April 2017 kepada:- 

 

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
Bahagian Pengurusan Latihan, KKM
Aras 6, No 26, Persiaran Perdana, Persint 3
62675, Putrajaya
(u/p: En. Nor Azhar Kamaludin)

 

 

Bersama-sama ini disertakan:

            

a.         Surat tawaran biasiswa

 

b.         Prospektus Kursus ‘Diploma In Applied Parasitology And Entomology (DAP&E)

 

c.         Borang Permohonan KKM (BPL) LDP 2017

 

d.         Borang Permohonan SEAMEO TROPMED beserta borang Sijil Kesihatan

 

e.        Borang Perakuan Ketua Jabatan

 


Kemaskini pada 2017-03-27 12:30:45 daripada Administrator

  •  
  • Email this page