Bahasa Melayu | English   | Lain-Lain Bahasa  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
header_new__logo

Tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2017 (Monbukagakusho: Mext) Untuk Pengajian Pasca Siswazah


TAWARAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2017 (MONBUKAGAKUSHO: MEXT) UNTUK PENGAJIAN PASCA SISWAZAH 

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan rujukan no. JPA(I)S.175/1/5-9/1 (4) bertarikh 20 Mac 2017 berhubung perkara yang tersebut di atas (Surat edaran JPA dan KKM disertakan).

 

2.         Sukacita dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mempelawa semua pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berkelayakan untuk memohon kemudahan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) Tahun 2017 bagi mengikuti pengajian pasca siswazah secara sepenuh masa. 

           

3.         Pegawai yang berminat boleh mengisi permohonan secara atas talian (on-line) di Portal JPA, http://esilav2.jpa.gov.my. Tarikh tutup permohonan atas talian (on-line) adalah pada 7 April 2017. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar ke Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM dengan disertakan bersama-sama:

 

i)              MEXT Application Form;

ii)             Sijil dan Transkrip kelayakan akademik yang diperolehi;

iii)            Surat permohonan tawaran daripada Jabatan; dan 

           iii)             Salinan Buku Perkhidmatan yang terkini dan disahkan

 

4.         Setiap permohonan perlulah lengkap dan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk perakuan Jawatankuasa Latihan sebelum atau pada 7 April 2017 ke alamat berikut :-

 

Setiausaha Bahagian

Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 6, No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya

62675 Putrajaya.

(u/p : Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1)

 

5.         Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Dato’ Seri / Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai  di bawah:

 

i)          Pn. Jaarah binti Mat, Penolong Setiausaha, LDP1

            No. Tel                        : 03-8885 0686

            Emel                           : jaarah@moh.gov.my 

 

ii)         En. Nor Azhar bin Kamaludin, Penolong Setiausaha, LDP1

            No. Tel                        : 03-8885 0693

            Emel                           : norazhar.k@moh.gov.my


Sekian terima kasih

 

< SURAT HEBAHAN MONBUKAGAKUSHO KKM>

< SURAT PELAWAAN JPA>


Kemaskini pada 2017-03-28 16:37:54 daripada Administrator

  •  
  • Email this page