Pelawaan Permohonan Kemudahan Cuti Belajar Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia
Dengan segala hormatnya, saya menarik perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti Kemudahan Cuti Belajar Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Anggota
Kementerian Kesihatan Malaysia (kecuali anggota di bawah Skim Gunasama dan jawatan Kader) bagi pengajian sesi 2018 secara sepenuh masa telah dibuka
pada 4 April 2017 (jam 3.00 petang).
3. Pegawai yang berkelayakan dan berminat boleh memuat turun tatacara dan garis panduan permohonan serta dokumen-dokumen berkaitan seperti
pautan di bawah:-
4. Setiap borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM untuk perakuan Jawatankuasa Latihan sebelum atau pada 5 Mei 2017 (jam 12 tengahari) beserta dokumen-dokumen seperti senarai semak di Lampiran III ke alamat berikut:-
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Mei 2017 (jam 12 tengahari).
5. Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan boleh berhubung dengan pegawai di bawah:
i) Pn. Jaarah binti Mat, Penolong Setiausaha, LDP1 (Kump. Pengurusan Profesional)
No. Tel : 03-8885 0600 Ext 6184
Emel : jaarah@moh.gov.my
ii) Nor Azhar bin Kamaludin, Penolong Setiausaha, LDP1 (Kump. Pengurusan Profesional)
No. Tel : 03-8885 0600 Ext: 6187
Emel : norazhar.k@moh.gov.my
iii) Nor Izianie binti Ab Halim, Penolong Setiausaha, LDP1 (Kump. Pelaksana)
No. Tel : 03-8885 0600 Ext: 6189
Emel : psuldpsatu@moh.gov.my
Sekian terima kasih.