Bahasa Melayu | English   | Lain-Lain Bahasa  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
header_new__logo

Program Design Thinking Innovation Ambassador (DTIA) Slot Khas Ramadhan


                                             Program Design Thinking Innovation Ambassador (DTIA) Slot Khas Ramadhan


Untuk Maklumat Lanjut, Sila Klik Pautan Berikut :


Design Thinking Innovation Ambassador (DTIA) - Info Pack

Design Thinking Innovation Ambassador (DTIA) - Participants Info Pack

Borang Perakuan Ketua Jabatan


Selamat Sejahtera,

YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
 
 
PROGRAM DESIGN THINKING INNOVATION AMBASSADOR TAHUN 2018 - SLOT KHAS RAMADHAN
 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) telah menerima pelawaan daripada Genovasi Malaysia mengenai Slot Khas Ramadhan Program Design Thinking Innovation Ambassador (DTIA) yang akan diadakan pada 21-25 Mei 2018. Objektif Program ini adalah untuk melahirkan Duta Inovasi yang akan menjadi pemangkin budaya inovasi di sektor awam. Program ini memfokuskan kepada pembangunan kemahiran penyelesaian masalah dunia sebenar (real world problems) melalui pendekatan berstruktur Design Thinking yang berpaksikan perspektif pengguna. Maklumat lanjut Program tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh

Tempat

21-24 Mei 2018

Genovasi Malaysia, Petaling Jaya

25 Mei 2018

Sesi Praktikal - Lokasi akan ditentukan kemudian


3.         Bersama-sama ini turut disertakan maklumat berhubung Program DTIA ini untuk perhatian dan rujukan jua. Adalah diingatkan bahawa Program DTIA ini melibatkan aktiviti kerja lapangan dan melibatkan penyertaan aktif peserta sepanjang tempoh program, sehubungan itu, permohonan daripada pegawai-pegawai yang tidak perlu melaksanakan ibadah puasa adalah digalakkan.

4.         Pegawai yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara atas talian (online) menerusi pautan: http://bit.ly/DTIA_FT_May dan mengisi borang pengesahan Ketua Jabatan seperti yang dilampirkan pada atau sebelum 8 Mei 2018 (Selasa). Salinan asal borang pengesahan Ketua Jabatan perlu dikemukakan kepada Bahagian ini melalui pos / serahan tangan.

5.         Pemilihan peserta bagi Program ini adalah tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Genovasi Malaysia. Calon yang berjaya dipilih sahaja akan menerima tajaan penuh bayaran yuran daripada pihak Agensi Innovasi Malaysia. Bagi urusan pentadbiran dalaman KKM, hanya calon yang telah mengemukakan Borang Pengesahan Ketua Jabatan dan berjaya dipilih oleh Genovasi Malaysia akan ditawarkan ke Program ini.
 
6.         Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai berikut:


Genovasi Malaysia
Encik Nasrul Shaidon
Tel: 03-7954 0628 (ext: 104)
Alamat emel: nasrul.shaidon@genovasimalaysia.com

Atau

Bahagian Pengurusan Latihan
Cik Teoh En Wan
Tel: 03-8885 0691
Alamat emel: teoh.enwan@moh.gov.my


Kemaskini pada 2018-04-19 17:39:52 daripada Admin404

  •  
  • Email this page