Bahasa Melayu | English   | Lain-Lain Bahasa  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
header_new__logo

PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM LEP 2.0 LEADERSHIP DEVELOPMENT PROGRAMME FOR MIDDLE MANAGEMENT LEV


YBhg. Dato’ Seri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
 
PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM LEP 2.0 LEADERSHIP DEVELOPMENT PROGRAMME FOR MIDDLE MANAGEMENT LEVEL (MANAGERS) 2018
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk surat daripada JPA(I) S.175/8/36-12/1 Klt. 3(1) bertarikh 1 Ogos 2018 mengenai perkara yang tersebut di atas.
 
2.       Sukacita dipohon kerjasama YBhg. Dato’ Seri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk mengedarkan makluman pelawaan tawaran program di atas kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48 - 56 di Jabatan / Bahagian masing-masing yang berminat dan layak untuk mengikuti program tersebut berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di dalam surat JPA yang dilampirkan.
 
3.       Setiap permohonan hendaklah diisi secara atas talian (on-line) di laman web JPA www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my. Tarikh tutup permohonan atas talian (on-line) adalah pada 17 Ogos 2018 (Jumaat). Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar ke Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM dengan disertakan bersama-sama:
 
i)       Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C);
ii)      JICA Application Form (diisi dalam 2 salinan);
iii)     Salinan Keputusan TOEFL/TOEIC/IELTS/Ujian Bahasa Inggeris yang diiktiraf (sekiranya ada); dan
iv)     Salinan Senarai Tugas.
4.      Setiap permohonan perlulah lengkap dan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk perakuan Jawatankuasa Latihan sebelum 17 Ogos 2018 (Jumaat) ke alamat berikut:
 
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya
62675 Putrajaya.
(u/p : Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2)

 
5.       Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Dato’ Seri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai di bawah:
i)                  Puan Noorfizawati binti Saidin
No. Tel         : 03 - 8885 0692
Emel            : noorfizawati@moh.gov.my
 
ii)                 Puan Nuraza binti Saidy
No. Tel         : 03 - 8885 0706
Emel            : azaazman@moh.gov.my

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK PAUTAN BERIKUT :
1. PROGRAM LEP2.0 LEADERSHIP DEVELOPMENT PROGRAMME FOR MIDDLE MANAGEMENT LEVEL (MANAGERS) 2018
2. SURAT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

 

Kemaskini pada 2018-08-03 09:29:21 daripada Admin404

  •  
  • Email this page