Tawaran Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Doktor Falsafah (PH.D)

TAWARAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) SESI PENGAJIAN 2020/2021 BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH (PH.D) DI DALAM DAN LUAR NEGARA

                              Surat Hebahan Tawaran Biasisiwa BYDPA                  Iklan Jabatan Perkhidmatan Awam

1. Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020/2021 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.


2. Syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan BYDPA Sesi Pengajian 2020/2021 adalah seperti di Lampiran A yang mana boleh diperolehi dengan melayari portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan.


3. Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 10 Februari 2020. Borang permohonan dalam talian (on-line) yang telah lengkap tersebut hendaklah dicetak dan ditandatangani oleh pemohon dan dikemukakan secara serahan tangan atau pos bersama-sama dengan dokumen lain yang berkaitan
sebelum atau pada 6 Mac 2020 kepada:


Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan
)


4. Pertanyaan lanjut mengenai BYDPA Sesi Pengajian 2020/2021 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3371/ 3879/ 3438/ 3569 atau e-mel di alamat penawaranldp@jpa.gov.my


Kemaskini pada 2020-02-13 11:02:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page