Bahasa Melayu | English   | Lain-Lain Bahasa  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
header_new__logo

Bahagian Sumber Manusia


BAHAGIAN SUMBER MANUSIA 

VISI:
Ke arah pengurusan sumber manusia yang berkualiti dan produktif

MISI:

Memastikan Kementerian Kesihatan mempunyai struktur organisasi yang sesuai, efektif dan penggunaan sumber manusia yang optimum, berintegriti, berpengetahuan dan berkemahiran.

OBJEKTIF:

Memastikan Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai sumber manusia dan struktur organisasi yang sempurna bagi memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang cemerlang.
 
FUNGSI:

Cawangan Dasar, Saraan & Perjawatan

  • Merancang dan menganalisa penggubalan dan penilaian dasar-dasar Sumber Manusia di KKM
  • Merancang mengkaji dan menyelaras serta memantau isu-isu yang berkaitan dengan Pengurusan Sumber Manusia dalam rancangan Malaysia
  • Pengurusan Permohonan Pewujudan Jawatan Tambahan/Baru Tahunan di bawah Anggaran Belanja Mengurus (ABM) di KKM
  • Pengurusan Permohonan Penstrukturan Semula/Pengukuhan Struktur Organisasi Pengurusan Permohonan Pindah Butiran Jawatan di KKM
  • Merancang, mengkaji dan melaksanakan kajian elaun-elaun dan kajian skim-skim perkhidmatan di KKM
  • Mengkaji dan menyelaras isu-isu yang dibangkitkan oleh kesatuan dan persatuan di KKM
  • Mengurus pelaksanaan sistem maklumat Sumber Manusia di KKM
  • Mengumpul dan mengemaskini maklumat data-data perjawatan di KKM


Cawangan Pengurusan Perkhidmatan (Perkhidmatan Pengurusan & Sokongan)

  •        Mengurus, melaksana, menilai, memantau dan merancang hal-hal perkhidmatan semua pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Utama dan Khas)
    mengenai hal berkaitan pewartaan, pengesahan, lanjutan tempoh percubaan, penamatan, persaraan, rayuan pertukaran, penempatan di KKM
  •       Mengurus, melaksana, menilai, memantau dan merancang hal-hal perkhidmatan semua  pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional mengenai
    hal berkaitan pelantikan, pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, lanjutan tempoh percubaan, penamatan, pertukaran, penempatan, pelepasan
    dengan izin, penyelarasan gaji, pinjaman di KKM
  •       Mengurus, melaksana, menilai, memantau dan merancang hal-hal perkhidmatan semua  pegawai-pegawai Kumpulan Paramedik dan Auksiliari mengenai
    hal berkaitan pelantikan, pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, lanjutan tempoh percubaan, penamatan, pertukaran, penempatan, pelepasan
    dengan izin, penyelarasan gaji, pinjaman di KKM
  •       Mengurus, melaksana, menilai, memantau dan merancang hal-hal perkhidmatan semua  pegawai-pegawai Kumpulan Gunasama dan Sokongan mengenai hal
    berkaitan pelantikan, pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, lanjutan tempoh percubaan, penamatan, pertukaran, penempatan, pelepasan dengan izin,
    penyelarasan gaji, pinjaman di KKM.
  •       Mengkaji dan menguruskan keperluan perkhidmatan pegawai kontrak bagi semua jawatan di KKM
  •      Mengkaji menganalisa dan mengenal pasti serta menyediakan ulasan, laporan, kajian, maklumbalas dan penilaian isu-isu permasalahan dan hal-hal perkhidmatan
    pegawai-pegawai di KKM

Cawangan Naik Pangkat dan Prestasi

  •        Mengurus, melaksana dan bertanggungjawab mengenai semua urusan berkaitan kenaikan pangkat, pemangkuan dan tanggung kerja pegawai-pegawai
    Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Utama dan Khas) di KKM
  •        Mengurus, melaksana dan bertanggungjawab mengenai semua urusan berkaitan kenaikan pangkat, pemangkuan dan tanggung kerja pegawai-pegawai
    Kumpulan Pengurusan dan Profesional di IPKKM dan Institusi
  •        Mengurus, melaksana dan bertanggungjawab mengenai semua urusan berkaitan kenaikan pangkat, pemangkuan dan tanggung kerja pegawai-pegawai
    Kumpulan Paramedik dan Auksiliari di IPKKM dan Institusi
  •        Mengurus, melaksana dan bertanggungjawab mengenai semua urusan berkaitan kenaikan pangkat, pemangkuan dan tanggung kerja pegawai-pegawai
    Kumpulan Gunasama dan Sokongan di IPKKM dan Institusi
  •       Melaksana urusan rayuan yang diterima daripada pegawai pegawai-pegawai yang terlibat dengan pemangkuan dan kenaikan pangkat diserah kepada LRKPPA
  •       Menyelaras pengurusan dasar Prestasi Sumber Manusia di KKM 

Kit Pengurusan


PIAGAM PELANGGAN
:

PIAGAM BSM




  Setiausaha Bahagian 
  Bahagian Sumber Manusia
  Kementerian Kesihatan Malaysia 
  Aras 9 & 10, Blok E7, Kompleks E 
  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
  62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya
  Malaysia 
  Tel : 03-88832786 
  Faks: 03-88888834 
  URL : http://humanres.moh.gov.my



Kemaskini pada 2017-02-24 10:11:46 daripada Administrator

  •  
  • Email this page