Bahasa Melayu | English   | Lain-Lain Bahasa  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
header_new__logo

Bahagian Pengurusan Latihan


BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN


VISI
 
Memastikan KKM mempunyai tenaga manusia yang terlatih dan kompeten bagi menyokong sistem penyampaian kesihatan negara
 
 
MISI
 
  • Menggubal dan mengkaji semula dasar latihan KKM yang strategik dan responsif
  • Menyediakan unjuran keperluan tenaga manusia kesihatan selaras dengan nisbah keperluan mengikut norma yang ditetapkan
  • Membangunkan pelan latihan tenaga manusia kesihatan yang komprehensif dan sesuai dengan keperluan tahap kompetensi perkhidmatan anggota
  • Memastiakn usaha penambahbaikan berterusan dilaksanakan di dalam perancangan dasar dan program latihan KKM
  • Meningkatkan pembangunan Institusi Latihan KKM bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran mengikut kehendak dan aspirasi KKM
  • Meningkatkan kerjasama antara Agensi Kerajaan dan Swasta untuk memastikan keperluan sumber manusia KKM yang mencukupi tercapai
 
 
OBJEKTIF
 
Untuk membangunkan modal insan KKM yang cemerlang melalui pelan latihan yang strategik



PIAGAM PELANGGAN

1. Unjuran keperluan dan bekalan sumber manusia kesihatan akan disediakan pada bulan Jun setiap tahun
 
2. Laporan Program Kepastian Kualiti (QAP) bagi Institusi Latihan KKM akan disediakan pada bulan 
 
    Mac dan September setiap tahun.
 
3. Setiap kajian semula kurikulum akan disiapkan dalam tempoh 6 bulan, jikalau maklumat daripada
 
    semua program institusi latihan adalah lengkap.
 
4. Tawaran kepada calon latihan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (ASKB) akan diedarkan tidak
 
    lebih daripada 14 hari sebelum kursus bermula.
 
5. Tawaran hadiah latihan persekutuan bagi mengikuti sarjana perubatan akan diedarkan kepada
 
    calon yang berjaya sebelum 15 Mei setiap tahun.
 
6. Tawaran hadiah latihan persekutuan bagi mengikuti Sarjana/ PhD/ lain-lain perkhidmatan akan
 
    diedarkan kepada calon yang berjaya dalam tempoh 30 hari selepas selesai urusan temuduga
 
7. Bayaran pendahuluan diri dan lain-lain bayaran untuk menghadiri kursus jangka pendek luar
 
    negara akan dibuat dalma tempoh 30 hari selepas menerima permohonan yang lengkap.
 
8. Keputusan peperiksaan latihan  basik akan diumumkan kepada pelatih dalam tempoh 2 minggu
 
    selepas tamat peperiksaan.
 
9. Keputusan rayuan peperiksaan akan dimaklumkan kepada pelatih dalam tempoh 21 hari selepas
 
    tamat tempoh rayuan
 
10. Bayaran biasiswa pelatih basik akan dibuat oleh Institusi Latihan KKM dalam tempoh 2 bulan
 
     selepas pelatih melapor diri.
 
 


   Setiausaha Bahagian 
   Bahagian Pengurusan Latihan 
   Kementerian Kesihatan Malaysia
   Aras 6, Bangunan Plot 3 C4 
   No. 26, Jalan Persiaran Perdana Presint 3 
   62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya
   Malaysia
   Tel :03-8885 0600 
   Faks :03-8885 0748
   URL : http://latihan.moh.gov.my

  •