Bahasa Melayu | English   | Lain-Lain Bahasa  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
header_new__logo

Bahagian Pembangunan Kompetensi


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI 

VISI:
Berazam melaksanakan Pembangunan Kompetensi dan Potensi sebagai usaha membudayakan pembelajaran berterusan dan pembangunan kerjaya personel Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


MISI:

Menjadikan Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK) sebuah organisasi yang dinamik, relevan dan efisyen dalam membangunkan kompetensi personel Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


OBJEKTIF:

1.     Memastikan urusan Penilaian dan Pembangunan Kompetensi dan Potensi dikendalikan secara cekap dan berkesan untuk :
a.     Mengenalpasti pegawai dan anggota yang berkompetensi dan berpotensi untuk kemajuan dan pembangunan kerjaya pegawai, dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred jawatan yang lebih tinggi, dan melahirkan pegawai berprestasi tinggi.
b.     Memantapkan keupayaan sumber manusia supaya lebih kompeten, berpengetahuan dan memiliki ciri- ciri peribadi yang positif ke arah peningkatan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan awam.
2.     Memainkan peranan penting dalam Penilaian dan Pembangunan Kompetensi dan Potensi penjawat awam KKM di bawah konsep Pengurusan Sumber Manusia Berasaskan Kompetensi dan Potensi.
 

FUNGSI:
1.     Menetapkan dasar pelaksanaan penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi di KKM
2.     Merancang dan menyediakan program penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi di KKM.
3.     Memantau dan menjalankan naziran pelaksanaan penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi di KKM serta mengambil langkah penambahbaikan yang berkaitan.
4.     Merancang dan melaksanakan Peperiksaan Subjek Jabatan bagi skim-skim perkhidmatan bukan guna sama di KKM.
5.     Merancang dan melaksanakan Program Competency Based Training (CBT) bagi Ibu Pejabat, KKM.
Kit Pengurusan
 
  

PIAGAM PELANGGAN





       Setiausaha Bahagian 
        Bahagian Pembangunan Kompetensi
       Kementerian Kesihatan Malaysia
       Blok A Jalan Cenderasi,
       50590 Kuala Lumpur
       Malaysia
       Tel : 03-22628400 (General Line)
       Faks : 03-26971002 (Admin)
       03-22798166 (Unit Peperiksaan)
       03-22798266 (Unit PSK)
       03-22798270 (Unit Kursus / CPD)
       URL : http://kompetensi.moh.gov.my

  •