Bahasa Melayu | English   | Lain-Lain Bahasa  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
header_new__logo

Bahagian Khidmat Pengurusan


BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN


VISI
 
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik
 
 
MISI
 
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
•        Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
•        Menghargai kesihatan sebagai asset paling berharga
•        Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
•        Mengutamakan pelanggan
•        Saksama
•        Tidak membebankan
•        Cekap
•        Wajar mengikut teknologi
•        Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
•        Inovatif
•        sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
•        sifat menghormati maruah insan
•        penglibatan masyarakat
 
 
OBJEKTIF
Untuk membantu seseorang individu itu supaya mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif. Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak pengggalakkan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.


PIAGAM PELANGGAN

BIL

PERKHIDMATAN

PIAGAM

 1

 Pengagihan Semua Waran Peruntukan

Mengagihkan semua waran peruntukan kecil dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan waran asal

2

Pembayaran Gaji dan Elaun

Pembayaran gaji dan elaun bagi anggota-anggota Ibu Pejabat yang baru dilantik dan bertukar masuk serta perubahan gaji dan elaun bagi anggota sedia ada dilaksanakan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh menerima surat kebenaran dan dokumen-dokumen berkaitan

3

Pembayaran Bil

Semua bil dibayar dalam tempoh sepuluh hari (10) dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap

4

Pergerakan Gaji Tahunan dan Anugerah Perhidmatan Cemerlang (APC)

Memastikan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia diadakan selewat-lewatnya pada bulan MAc supaya penyampaian keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia dilaksanakan pada selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan April. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diadakan selewat-lewatnya bulan Jun dan pergerakan gaji bulan Januari dan April dilaksanakan selewat-lewatnya bulan Julai.

5

Faedah Persaraan

Memastikan faedah persaraan diterima oleh pesara selewat-lewatnya dalam tempoh dua (2) bulan selepas persaraan.

6

Memberi Khidmat Selenggara Bangunan

Memastikan semua aduan kerosakan kecik/kebersihan bangunan diselesaikan oleh syarikat penyelenggara dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh aduan diterima. Sekiranya tidak diselesaikan, laporan akan dihantar kepada pihak JKR.

7

Penyewaan Ruang Pejabat Baru / Lanjutan

Memproses kelulusan penyewaan ruang pejabat dalam masa lapan (8) bulan dari tarikh permohonan lengkap.

8

Memproses Penghantaran Surat

Memproses penghantaran semua surat dari Bahagian-Bahagian Ibu Pejabat:

·         Surat pos biasa dihantar ke Pejabat Pos selewat-lewatnya pada jam 3.00 petang setiap hari

·         Surat pos laju dipungut selewat-lewatnya pada jam 11.30 pagi setiap hari

·         Penghantaran cepat (dispatch) bergerak pada jam 9.30 pagi setiap hari

9

Penyediaan Pas Keselamatan

Menyediakan pas keselamatan dan menyerahkan kepada pemohon dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh permohonan.

10

Permohonan Penggunaan Kenderaan

Memastikan maklumbalas diberi dalam tempoh dua (2) hari bekerja sebelum tarikh penggunaan, dengan syarat permohonan diterima tiga (3) hari bekerja dari tarikh penggunaan kenderaan.

11

Permohonan Kelulusan ke Luar Negara Rasmi dan Persendirian

Memaklumkan keputusan permohonan ke luar negara bagi urusan rasmi (perjalanan kurang daripada dua (2) minggu) dan urusan persendirian dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

12

Penyediaan Anggota Pasukan Perubatan untuk Berkhidmat di Tanah Suci pada Musim Haji

Memaklumkan keputusan permohonan menganggotai Pasukan Perubatan yang akan berkhidmat di Tanah Suci pada musim haji dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh tutup permohonan.

13

Perkhidmatan Kaunseling

Kes rujukan dikendalikan dalam masa tujuh (7) hari berkerja.

14

Pencarian Buku

Sistem Perpustkaan

i.            Online Public Access Catalog (OPAC) : 3 minit

ii.            Manual                                            : 5 minit

15

Pertanyaan Rujukan/ Pencarian Artikel

Pertanyaan rujukan atau permohonan pencarian artikel akan diberi maklumbalas dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan permohonan.





  Setiausaha Bahagian 

  Bahagian Khidmat Pengurusan
  Kementerian Kesihatan Malaysia
  Aras 4, 7 & 8, Blok E7, Kompleks E
  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
  62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  Malaysia
  Tel : 03-8883 2982
  Faks :03-8888 6221
  URL: http://pengurusan.moh.gov.my

Kemaskini pada 2015-04-10 17:05:30 daripada Administrator

  •  
  • Email this page