Bahasa Melayu | English   | Lain-Lain Bahasa  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
header_new__logo

Bahagian Akaun


BAHAGIAN AKAUN

VISI 

"Peneraju perkhidmatan perakaunan yang terbilang demi mencapai visi Kementerian Kesihatan"
 
MISI 

  • Melaksanakan secara professional sistem perakaunan kerajaan semasa.
  • Menyediakan laporan perakaunan yang bersesuaian untuk membantu pengurusan tertinggi Kementerian dalam membuat keputusan berkaitan pengurusan kewangan.
  • Memberi khidmat nasihat perakaunan dan kewangan untuk mempertingkatkan akauntabiliti di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ).


OBJEKTIF

Memberi khidmat perakaunan yang cekap dan berkualiti dengan:-

 

1.Memproses 98% baucar bayaran yang lengkap diterima dengan segera dan tidak melebihi tempoh 4 hari kelendar untuk membantu penerima menguruskan kewangannya dan secara tidak langsung membantu menjana ekonomi negara.

 

2. Memproses gaji penjawat awam dan menghantar maklumat ke bank 3 hari bekerja sebelum tarikh gaji dan membayar potongan kepada agensi berkaitan selewat-lewatnya 5hb bulan berikutnya.  Ini akan membantu penjawat awam menguruskan tanggungannya dan agensi menguruskan aliran wang tunainya.

 

3. a) Menjana laporan perakaunan  bulanan pada hari pertama bekerja bulan berikutnya daripada Sistem GFMAS dan memaklumkan kepada Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat(BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada hari yang sama.

   

3. b)  Membuletinkan kepada Pusat Tanggungjawab  dalam eSPKB sebagai pemberitahuan bahawa  eLaporan adalah  sedia untuk dicetak sehari selepas JANM memuatnaik data ke web eLaporan. Perkara ini dilakukan bagi membolehkan PTJ menyemak ketepatan transaksi yang diperakaunkan melalui penyesuaian antara rekod PTJ dan Laporan Perakaunan.

 

4. Mengeluarkan Laporan Naziran dalam tempoh 7 hari dari tarikh Mesyuarat Penutup bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil dengan sertamerta oleh PTJ.

 

5. Laporan Analisa kehadiran penjawat awam di Bahagian Akaun disediakan dan dihantar ke Bahagian Khidmat Pengurusan selewat-lewatnya pada 10 hb bulan berikutnya bagi memantau ketepatan masa kedatangan warga Bahagian Akaun.

 

6. Menyediakan LaporanPembayaran Bil  dalam 14 hari bagi semua PTJ KKM untuk dimajukan  kepada KSN, KSU dan Ketua PTJ pada setiap bulan selewat-lewatnya 5 hb bulan berikutnya untuk membantu pihak pengurusan memantau dan mengambil tindakan penambahbaikan bagi memastikan 100% pembayaran bil dalam tempoh 14 hari; AP 103(a).

 

7. Menyemak dan mengumpul data keperluan dana harian untuk dibuat permohonan ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia sebelum 11 pagi setiap hari bekerja, ini untuk memastikan Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai dana yang mencukupi bagi melaksanakan pembayaran.

 

8. Maklumbalas terhadap aduan/pertanyaan daripada PTJ berkaitan Sistem eSPKB  dan eTerimaan melalui Sistem eBantuan dalam tempoh 4 hari bekerja bagi membantu PTJ menjalankan tugas dengan cekap.

 

9. Minit mesyuarat hendaklah disediakan dan disahkan dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh mesyuarat bagi memastikan tindakan yang patut diambil dapat dilaksanakan oleh Bahagian/unit/pegawai yang terlibat.

 

 
FUNGSI
  1. Menguruskan pembayaran baucer bayaran bekalan dan perkhidmatan, elaun lebih masa, pinjaman kenderaan dan komputer, tuntutan perjalanan dan lain-lain perbelanjaan.
  2. Mengurus pembayaran gaji kakitangan.
  3. Memproses penyata pemungut.
  4. Menyemak Buku Kira-Kira Wang Tunai Bulanan semua Pusat Tanggungjawab yang terlibat dalam Kutipan Hasil.
  5. Menyediakan Laporan Akaun Bulanan dan Laporan Akaun Tahunan kepada pihak pengurusan atasan, Jabatan Akauntan Negara dan Ketua Audit Negara.
  6. Memberi latihan dan khidmat nasihat di dalam perlaksanaan Sistem Perakaunan seperti eSPKB.
  7. Membuat naziran ke atas PTJ-PTJ berkaitan dengan kutipan hasil.
  8. Membuat naziran eSPKB.
 


PIAGAM PELANGGAN 

Kami berjanji menunaikan amanah kerajaan dalam menguruskan perakaunan dan kewangan negara berdasarkan undang-undang, aturan dan peraturan yang berkaitan secara profesional dan mesra pelanggan.

 

Kami berjanji:-

1.Memproses 98% baucar bayaran yang lengkap diterima dengan segera dan tidak melebihi tempoh 4 hari kelendar untuk membantu penerima menguruskan kewangannya dan secara tidak langsung membantu menjana ekonomi negara.

 

2. Memproses gaji penjawat awam dan menghantar maklumat ke bank 3 hari bekerja sebelum tarikh gaji dan membayar potongan kepada agensi berkaitan selewat-lewatnya 5hb bulan berikutnya.  Ini akan membantu penjawat awam menguruskan tanggungannya dan agensi menguruskan aliran wang tunainya.

 

3.a) Menjana laporan perakaunan  bulanan pada hari pertama bekerja bulan berikutnya daripada Sistem GFMAS dan memaklumkan kepada Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat(BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada hari yang sama.

   

3.b) Membuletinkan kepada Pusat Tanggungjawab  dalam eSPKB sebagai pemberitahuan bahawa  eLaporan adalah  sedia untuk dicetak sehari selepas JANM memuatnaik data ke web eLaporan. Perkara ini dilakukan bagi membolehkan PTJ menyemak ketepatan transaksi yang diperakaunkan melalui penyesuaian antara rekod PTJ dan Laporan Perakaunan.

 

4. Mengeluarkan Laporan Naziran dalam tempoh 7 hari dari tarikh Mesyuarat Penutup bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil dengan sertamerta oleh PTJ.

 

5. Laporan Analisa kehadiran penjawat awam di Bahagian Akaun disediakan dan dihantar ke Bahagian Khidmat Pengurusan selewat-lewatnya pada 10 hb bulan berikutnya bagi memantau ketepatan masa kedatangan warga Bahagian Akaun.

 

6. Menyediakan LaporanPembayaran Bil  dalam 14 hari bagi semua PTJ KKM untuk dimajukan  kepada KSN, KSU dan Ketua PTJ pada setiap bulan selewat-lewatnya 5 hb bulan berikutnya untuk membantu pihak pengurusan memantau dan mengambil tindakan penambahbaikan bagi memastikan 100% pembayaran bil dalam tempoh 14 hari; AP 103(a).

 

7. Menyemak dan mengumpul data keperluan dana harian untuk dibuat permohonan ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia sebelum 11 pagi setiap hari bekerja, ini untuk memastikan Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai dana yang mencukupi bagi melaksanakan pembayaran.

 

8. Maklumbalas terhadap aduan/pertanyaan daripada PTJ berkaitan Sistem eSPKB  dan eTerimaan melalui Sistem eBantuan dalam tempoh 4 hari bekerja bagi membantu PTJ menjalankan tugas dengan cekap.

 

9. Minit mesyuarat hendaklah disediakan dan disahkan dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh mesyuarat bagi memastikan tindakan yang patut diambil dapat dilaksanakan oleh Bahagian/unit/pegawai yang terlibat.





   Setiausaha Bahagian 
   Bahagian Akaun
   Kementerian Kesihatan Malaysia
   Aras 6, Blok E7, Kompleks E
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
   62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya
   Malaysia
   Tel : 03-88833888
   Faks : 03-88891030 
   URL : http://account.moh.gov.my



  •