MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Maklum Balas : Enggan Tangan Dipotong

 

Perkara                      :           MAKLUM BALAS

 

Tajuk                          :           ENGGAN TANGAN DIPOTONG

 

Akhbar                       :           SINAR HARIAN

 

Tarikh Siaran               :           16 JUN 2012

 

Kategori                     :           LAPORAN

 

Dikeluarkan Oleh         :           DATO' DR NOORAINI BINTI BABA

                                             PENGARAH KESIHATAN NEGERI

                                             JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG

 

Pihak Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH) merujuk kepada aduan akhbar Sinar Harian bertarikh 24 Mei 2012 dan yang terkini bertarikh 16 Jun 2012 berkenaan isu "Enggan Tangan Dipotong".

 

Cik Nur Zahidah binti Ruslan mempunyai penyakit kronik sejak berumur 16 tahun di bawah rawatan susulan HoSHAH.  Beliau telah dimasukkan ke Wad Unit Rawatan Rapi di HoSHAH pada 8 April 2012 kerana penyakit jangkitan kuman dalam keadaan kritikal dan telah dirawat selama 4 minggu.

 

Pada hari kelima di Wad Unit Rawatan Rapi, pesakit mengalami komplikasi akibat jangkitan kuman yang tidak dapat dielakkan iaitu "Septic thromboemboli" di tangan kanan yang menyebabkan saluran darah tersumbat.  Seterusnya ianya mengakibatkan tangan kanan pesakit menjadi hitam dan tidak berfungsi.  Pada peringkat awal rawatan pembedahan "Fasciotomy" telah dibuat namun tidak menunjukkan perubahan yang memberangsangkan.  Nasihat pakar telah diberikan kepada ibu bapa pesakit untuk rawatan lanjutan tetapi tidak dipersetujui oleh mereka.

 

Pesakit telah dibenarkan pulang pada 9 Mei 2012 setelah stabil dan sejak hari itu pesakit telah datang semula untuk rawatan susulan di Klinik Ortopedik HoSHAH pada 4 Jun 2012 dan telah dirujuk kepada Pakar tangan Hospital Kuantan pada 18 Jun 2012 serta menerima rawatan pembersihan luka dan pemantauan paras gula darah di Klinik Kesihatan Chemomoi.  Rujukan telah dibuat kepada pakar vascular di Klinik Lawatan di HoSHAH pada 26 Jun 2012.


  •