MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Maklum Balas: Kadar Bayaran Pakaian Seragam

Perkara                      :           MAKLUM BALAS

 

Tajuk                          :           KADAR BAYARAN PAKAIAN SERAGAM

 

Akhbar                       :           HARIAN METRO

 

Tarikh Siaran              :           7 JULAI 2012

 

Kategori                     :           ADUAN SMS

 

Dikeluarkan Oleh          :          DR HJ JAMALUDDIN BIN AHMAD

                                            TIMBALAN PENGARAH HOSPITAL (PEMBEDAHAN)

                                            HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

 

 

Pihak hospital mengucapkan terima kasih kepada MANISAJ47 di atas aduan yang telah dikemukakan melalui akhbar Harian Metro, bertarikh 7 Julai 2012, muka surat 21A.  Untuk makluman MANISAJ47, pihak hospital sentiasa mematuhi arahan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2011 mengenai Peraturan dan Kadar Bekalan Pakaian Seragam yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 18 Mei 2011.

 

Di dalam pekeliling berkenaan menyatakan bahawa KKM telah bersetuju supaya penjawat awam yang dikehendaki berpakaian seragam dan dibekalkan kain pakaian seragam, layak menuntut bayaran balik bagi bayaran upah jahit atas kadar tidak melebihi kadar maksimum yang ditetapkan.

 

Pekeliling berkenaan juga menjelaskan bahawa penjawat awam yang berkenaan perlu memperolehi perkhidmatan jahitan pakaian seragam pada harga yang berpatutan, munasabah dan berdasarkan kadar pasaran. Tuntutan bayaran balik upah jahit yang dibuat juga hendaklah bagi bayaran upah jahit sebenar yang telah dibayar oleh mereka bagi perkhidmatan tersebut dengan mengemukakan resit asal.

 

Sekian, terima kasih.


  •