MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Maklum balas: Food For Thought At The SUKMA

Perkara                      :           MAKLUM BALAS

 

Tajuk                          :           FOOD FOR THOUGHT AT THE SUKMA

 

Akhbar                       :           THE STAR

 

Tarikh Siaran                :           9 JULAI 2012

 

Kategori                     :           ADUAN

 

Dikeluarkan Oleh         :           DATO' DR NOORAINI BINTI BABA

                                              PENGARAH KESIHATAN NEGERI PAHANG

 

 

Sukacita saya merujuk kepada artikel 'Food For Thought At The SUKMA' di ruangan 'Comment' di muka surat 53 bahagian sukan akhbar The Star bertarikh 9 Julai 2012 mengenai keselamatan makanan yang disediakan kepada atlit yang menyertai Sukan Malaysia XV Pahang 2012 dan peranan jabatan kesihatan dalam perkara ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang ingin memaklumkan bahawa aspek keselamatan dan kualiti makanan yang disediakan kepada atlit sepanjang kejohanan ini adalah menjadi keutamaan bagi memastikan agar ia berjalan dengan lancar dan teratur. 

 

Pasukan kesihatan khas telah ditempatkan di semua dapur tempat penginapan kontingen dan venue pertandingan untuk memantau proses penyediaan makanan dari peringkat awal iaitu tempat penyimpanan dan kualiti bahan mentah, tempat dan proses penyediaan makanan, peralatan yang digunakan sehingga ke peringkat menghidang.  Makanan yang siap dimasak akan dilabelkan tempoh masa luput untuk dimakan.  Status pengendali makanan juga dipantau rapi.  Jika terdapat pengusaha yang tidak mematuhi standard yang ditetapkan selepas nasihat dan tunjuk ajar diberikan, jabatan ini akan memaklumkan kepada sekretariat SUKMA untuk mengambil tindakan selanjutnya.

 

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang akan sentiasa memastikan pemantauan penyediaan makanan di semua tempat penginapan kontingen dan venue pertandingan dijalankan mengikut standard yang ditetapkan.  Pengusaha dan pengendali makanan juga diberi teguran semasa pemantauan oleh petugas kesihatan jika didapati mereka tidak mematuhi tahap pengendalian yang ditetapkan.

 

Sekian, terima kasih.

 


  •