MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Pelawaan Penyertaan Anugerah Malaysian Government Open Source (MyGOSS) Bagi Tahun 2013

Tajuk Pelawaan Penyertaan Anugerah Malaysian Government Open Source (MyGOSS) Bagi Tahun 2013
Disiarkan pada 04-11-2013
Kategori Pengumuman
Penerangan Pelawaan Penyertaan Anugerah Malaysian Government Open Source (MyGOSS) Bagi Tahun 2013

 

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MAMPU sedang menganjurkan  Anugerah Kajian Kes Open Source Software (MyGOSS Award) bagi tahun 2013. Anugerah MyGOSS merupakan suatu pengiktirafan tahunan khusus kepada agensi/organisasi yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam penggunan dan pelaksanaan perisian sumber terbuka.

Tujuan Anugerah Kajian Kes OSS ini diadakan adalah untuk menggalakkan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam pelaksanaan OSS di agensi Sektor Awam dan juga untuk merangsang pembangunan dan penggunaan aplikasi perisian sumber terbuka di Malaysia bagi menyokong Pelan Induk OSS Sektor Awam. Semenjak tahun 2008, KKM  telah menyertai pertandingan ini melalui sistem-sistem sumber terbuka yang dibangunkan di peringkat Kementerian.

Sehubungan itu, agensi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan, adalah dijemput  untuk menyertai MyGOSS Award ini  dan sistem yang layak dipertandingkan adalah sistem yang telah dilaksanakan sekurang-kurangnya 1 tahun daripada tarikh pertandingan. Terma & Syarat Pertandingan serta Borang Penyertaan boleh dimuat turun seperti di bawah.  Kajian Kes OSS yang telah lengkap perlu dihantar  kepada pihak MAMPU di alamat e-mel :mygossaward@mampu.gov.my pada/ sebelum 25 November 2013.

 

Hadiah-Hadiah menarik berupa wang tunai disediakan untuk para pemenang seperti berikut:-
 

Pemenang

Hadiah

Tempat Pertama

RM5000, trofi dan sijil penyertaan . Agensi dibenarkan menggunakan MYGOSS logo dan  penyataan “Pemenang Pertama Anugerah MyGOSS Tahun 2013".

Tempat Kedua

RM4000 dan sijil penyertaan

Tempat ketiga

RM3000 dan sijil penyertaan

Tempat Keempat

RM2000 dan sijil penyertaan

Tempat Kelima

RM1000 dan sijil penyertaan

Tempat Keenam hingga Kesepuluh

Sijil Penyertaan

 

Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan, tuan/puan boleh menghubungi Urusetia Pejabat CIO, Bahagian Pengurusan Maklumat, KKM  di talian 03-88833429 atau melalui e-mel: bpm_cio@moh.gov.my.

Sekian, Terima Kasih.

 

Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Kesihatan Malaysia


  •  
  • Print
  • Email this page