|
PROGRAM PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN TAWARAN
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya di bawah Kod Bidang : 221004 dan 221008 bagi menyertai sebut harga berikut:
NO. SEBUT HARGA : SH/K/6/2010
TAJUK SEBUT HARGA : SEBUT HARGA BAGI MENCETAK BORANG PENDAFTARAN PENGIKRAR PENDERMA ORGAN DAN KAD IKRAR
TARIKH BUKA : 2 Ogos 2010 (Isnin)
TARIKH TUTUP : 16 Ogos 2010 (Isnin)
2. Dokumen Sebut harga boleh diperolehi pada waktu pejabat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang mulai 2 Ogos 2010 sehingga 6 Ogos 2010 di Unit Pentadbiran dan Kewangan, Program Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E1, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya.
3. Dokumen sebut harga boleh didapatkan secara PERCUMA namun ianya hanya akan dikeluarkan kepada syarikat/wakil syarikat yang mengemukakan Sijil Asal PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA berserta salinan fotostat (tidak dikembalikan)
4. Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga di Unit Pentadbiran dan Kewangan, Program Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E1, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya sebelum jam 12.00 tengah hari pada 16 Ogos 2010 (Isnin). Tawaran yang lewat tidak akan diterima.
|