Laman Utama
Tarikh : 10/01/2009
Bahagian Kejururawatan

Misi

Lembaga Jururawat Malaysia akan melindungi masyarakat melalui peraturan-peraturan statutori profesion kejururawatan.

Visi

Kearah Perkhidmatan Kejururawatan secara selamat dan holistik di Malaysia akan dilaksanakan oleh jururawat-jururawat yang berkebolehan, efektif, kompeten, mahir dan berpengetahuan.

Objektif

Objektif bahagian ini adalah untuk meninggikan taraf kesihatan rakyat Malaysia melalui perkhidmatan kesihatan penggalakan, pencegahan, perawatan dan pemulihan dengan memberi penekanan kepada golongan yang tidak bernasib baik supaya kesihatan ekonomi Negara dan kemajuan sosial dengan berterusan.
Untuk mencapai tujuan ini perhatian adalah diberi bagi mewujudkan perpaduan negara.

Fungsi

  • Pengendalian peperiksaan syarat kemasukan dalam bahagian am Daftar (1) (Akta Jururawat 1950) Peraturan-peraturan Jururawat 1985 (11) Akta Bidan 1966 Peraturan-peraturan  Bidan 1990.
  • Pengendalian Pendaftaran Jururawat, Penolong Jururawat, Jururawat Masyarakat, Jururawat Kesihatan Awam, Jururawat Kesihatan Jiwa, Bidan Bahagain 1 & 111. Warganegara Malaysia yang dilatih di dalam  dan di luar Negara serta Pendaftaran Jururawat Asing.
  • Pengendalian Pewartaan bidan berdaftar bahagian 1 & 111.
  • Menguruskan pengeluaran  notis mengenai niat Pengamalan Jururawat Tahunan bagi Jururawat/Penolong Jururawat/ Jururawat Masyarakat serta Perakuan Sementara Jururawat Asing.
  • Mengurus pengeluaran notis  mengenai niat untuk menjalankan amalan atau terus menjalankan amalan kebidanan.
  • Mengurus aktiviti mengawalselia anggota Jururawat & Bidan yang berdaftar dari segi kawalan disiplin dan kawalan amalan.
  • Bertindak sebagai  urusetia kepada mesyuarat Bahagian Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia
  • Menjalankan aktiviti perkembangan Profesyen Kejururawatan (Continuous/Professional Developement).
  • mengendalikan kelulusan dan akreditasi program pengajian Kejururawatan dan Kebidanan.

Untuk Keterangan Lanjut, sila hubungi:-

Lembaga Jururawat Malaysia
Kementarian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E1, Kompleks E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya.

No Tel : 03- 88831338
No Faks : 03-8831329