Laman Utama
Tarikh : 16/03/2010

Penguatkuasaan Farmasi

url: http://www.pharmacy.gov.my


Pengenalan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai agensi utama kerajaan dalam sektor famaseutikal bertanggungjawab untuk memastikan ubat-ubatan adalah berkualiti, selamat, berkesan serta mampu dan mudah diperolehi dengan mencukupi dan saksama; agar pengunaanya dapat dimanfaatkan oleh orang awam untuk meningkatkan  kesihatan dan kualiti kehidupan mereka .

                                                                                                                                                        

Misi

Untuk menerajui perkhidmatan farmasi yang dynamik dengan memberi penekanan pada tahap kewibawaan yang tinggi, profesionalisme dan kecemerlangan sejajar dengan aspirasi dan cabaran negara.

 

Visi

Untuk memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan negara.

 

Objektif

a. Objektif Umum

Untuk memastikan keluaran farmaseutikal dan produk-produk penjagaan kesihatan yang berkualiti, selamt, berksan dan mampu serta mudah diperolehi oleh orang awam.

b. Objektif Khusus

  • Untuk memastikan bahawa keluaran farmaseutikal yang dibenarkan di pasaran tempatan adalah selamat, berkesan, berkualiti, mampu dan mudah diperolehi, serta menentukan bahawa keluaran kosmetik yang dibenarkan di pasaran adalh selamat dan berkualiti.
  • Untuk menjalankan penguatkuasaan akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan keluarn farmaseutikal.
  • Untuk menggubal dan mementukan polisi ubat-ubatan yang memainkan peranan penting di dalam penentuan polisi kesihatan kebangsaan.
  • Untuk mengoptimakan penggunaan tenaga kerja untuk perkhidmatan farmasi di seluruh negara.
  • Untuk mengoptimakan terapi ubat-ubatan dan pemberian penjagaan farmaseutikal melalui pengawalan farmaseutikal yang berkesan dan perkhidmatan profesional dan farmasi klinikal yang terkini.
  • Untuk menentukan perbelanjaan ubat-ubatan adalah di tahap optimal dan ubat berkualiti terdapat pada masa dan keadaan yang diperlukan.
  • Untuk menigkatkan tahap kesedaran pengguna ke atas penggunaan ubat secara rasional dan kesan-kesan advers serta kepentingan maklumat yang mengiringi penggunaan ubat melalui pendidikan pengguna dan pesakit yang berterusan.
  • Untuk meningkatkan perkhidmatan farmasi setanding dangan perkembangan farmasi di arena antarabangsa.

Fungsi

  • Menyubang terus kepada kesihatan awam dengan menubuh dan melaksanakan sistem pendaftaran nasional di samping mengawal industi farmaseutikal melalui BPFK untuk memastikan bahawa keluaran farmaseutikal dan kosmetik di negara ini adalah berkualiti, selamat dan berkesan.
  • Melindungi pengguna dari ubat-ubatan yang merbahaya, iklan ubat yang memperdayakan dan amalan-amalan perubatan yang tidak bertanggungjawab melalui penguatkuasaan akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pengimportan, penjualan dan pengiklanan produk farmaseutikal , serta
  • Mengoptimakan terapi ubat-ubatan dan pemberian penjagaan farmaseutikal yang efisien dengan memastikan pengurusan pemilihan, pembelian dan pengedaran farmaseutikal yang berkesan serta penggunaan ubat yang rasional dan kos-efektif melalui perkhidmatan farmasi profesional dan farmasi klinikal yang terkini.

Alamat Bahagian :

Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Beg Berkunci No 924
Pejabat Pos Jalan Sultan
46790 Petaling Jaya, Selangor
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti

Tel  No:  03-78413200 / 3320 Fax No: 03-7968222