|
FAQ - Frequently Asked Questions
|
|
FAQ
|
|
1.
|
Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ?
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan
terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.
|
|
2.
|
Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan
warganegara ?
Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM 30
untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara
RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.
|
|
3.
|
Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil
hospital ?
Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka
berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah,
kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.
|
|
4.
|
Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari
bayaran?
Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.
|
|
5.
|
Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan
atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat
pengesahan (GL)
|
|
6.
|
Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan
di Jabatan Kecemasan ?
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat
kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan,
pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
|
|
7.
|
Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?
Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit
dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina
|
|
8.
|
Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda
atau kenderaan pesakit / waris?
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang
kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa
berada di hospital
|
|