Laman Utama
Tarikh : 20/11/2008
Urusetia NIH (National Institutes Of Health)

 
  Pengenalan
 
National Institutes of Health (NIH) adalah merupakan satu rangkaian berterusan dalam penyelidikan, mulai dari mengenalpasti bidang keutamaan, pelaksanaan kajian, sehingga penggunaan hasil kajian dalam pengubalan dasar, pengurusan kesihatan, promosi kesihatan dan pembentukan kaedah baru dalam pengdiagnosaan, pengawalan dan rawatan masalah-masalah kesihatan yang penting dalam negara. 
 
NIH terdiri daripada 6 institut iaitu Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Institut Kesihatan Umum (IKU), Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), Institut Pengurusan Kesihatan (IHM), Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IHSR), dan Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK).  
 
Objektif
 
Urusetia NIH sebagai teras dan nadi kepada pengurusan penyelidikan  untuk kesemua Institut-institut di bawah NIH khasnya KKM amnya. 
 
Fungsi
 
NIH membantu Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (P&ST), selaku Pengarah NIH, mengurus penyelidikan dengan menjalankan fungsi berikut :-
 
  • Mengkoordinasikan ke arah perancangan mengenalpasti dan mengdokumenkan bidang keutamaan penyelidikan kesihatan KKM   
  • bersesuaiandengan pelan Malaysia 5 tahun
  • Memproses untuk kelulusan, mengurus dan memantau semua projek penyelidikan
  • Menjalankan semua tugas-tugas yang berkaitan sebagai Setiausaha Jawatankuasa Etika & Penyelidikan Perubatan (JEPP), KKM yang
  • menyemak dan menilai projek penyelidikan/kajian klinikal
  • Bertanggungjawab ke atas database penyelidikan di KKM secara manual dan online (National Medical Research Registry – www.nmrr.gov.my)
  • Mengumpul kertas-kertas penerbitan penyelidikan dan bertanggungjawab ke atas diseminasi hasil penyelidikan bila diperlukan
  • Menyelenggara dan mengemaskini laman web NIH ( www.nih.gov.my )
  • Merancang ke arah penerbitan Buletin NIH
  • Mengawalselia Tabung Amanah NIH yang ditempatkan di PTJ Institut Penyelidikan Perubatan
  • Bertindak sebagai Pegawai Hubungan/Koordinator untuk aktiviti penyelidikan dengan agensi lain di dalam negara (MOSTI) dan luar negara
Untuk Keterangan Lanjut :
d/a Institut Pengurusan Kesihatan
Jalan Rumah Sakit, Bangsar
59000 Kuala Lumpur
Tel    : 03-2287 4032
Fax   : 03-22874030
Email : Dr. S. Asmaliza - asmaliza@nih.gov.my