Laman Utama
Tarikh : 20/11/2008

Bahagian Akaun
URL :  http://account.moh.gov.my


Profail Bahagian

Bahagian Akaun Kementerian Kesihatan Malaysia telah sedia wujud sejak merdeka. Pada awalnya ia dikenali sebagai Pejabat Perakaunan Jabatan Mengakaun Sendiri (PPJMS). Apabila Kerajaan melaksanakan Sistem Belanjawan Program Dan Prestasi PPJMS telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan Bahagian Akaun secara berasingan daripada Bahagian Kewangan. Ketua Bahagian Akaun digelar Setiausaha Bahagian yang melapor terus kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan.

Objektif Bahagian

Memberi khidmat perakaunan yang cekap dan berkualiti dengan:-

  • Mempastikan pembayaran perbelanjaan termasuk gaji yang dilakukan oleh  semua Pusat Tanggungjawab di Wilayah Persekutuan dibuat tepat pada masanya.
  • Mempastikan hasil dipungut dan diperakaunkan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Mempastikan maklumat perakaunan dan kewangan yang berkualiti disediakan.
  • Mempastikan eSPKB, Sistem Perakaunan Mikro (SPM) dan Sistem Buku Vot Berkomputer (SBVB) dilaksanakan oleh Pusat Tanggungjawab.

Fungsi Bahagian 

Memberi khidmat perakaunan yang cekap dan berkualiti dengan:-
  • Memproses pembayaran perbelanjaan termasuk gaji yang dilakukan oleh semua Pusat Tanggungjawab di Wilayah Persekutuan.
  • Memproses pungutan hasil.
  • Menyediakan maklumat perakaunan dan kewangan.
  • Memberi latihan dan khidmat nasihat kepada Pusat Tanggungjawab di dalam pelaksanaan eSPKB, Sistem Perakaunan Mikro (SPM) dan Sistem Buku Vot Berkomputer (SBVB).
  • Membuat naziran berkaitan kutipan hasil dan eSPKB ke atas Pusat Tanggungjawab.

Alamat

Bahagian Akaun

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 6, Blok E7, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel  : 03-88833888

Fax : 03-88891030