Laman Utama
Tarikh : 10/01/2009
Bahagian Pendidikan Kesihatan
URL : http://www.infosihat.gov.my/

Misi dan Visi

Misi Bahagian Pendidikan Kesihatan adalah untuk mempromosikan kesihatan rakyat Malaysia melalui:

  • Penyebaran maklumat yang tepat, wajar dan sesuai dengan cara yang inovatif, saksama dan tepat pada waktu
  • Dorongan ke atas individu dan komuniti supaya mereka dapat bertindak terhadap faktor- faktor yang mempengaruhi kesihatan mereka
  • Kolaborasi antara sektor dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dan dengan sektor swasta

Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang promosi kesihatan bagi membolehkan rakyat Malaysia mengamalkan Cara Hidup Sihat dan seterusnya menikmati kesihatan yang optima .

Fungsi

Fungsi Utama Bahagian Pendidikan Kesihatan adalah untuk merancang, mengurus pelaksanaan, menyelaras dan menilai program pendidikan dan promosi kesihatan di seluruh negara.

Untuk Keterangan Lanjut,

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 1-3, Blok E10,
Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62590 Putrajaya

Tel  : 03 - 8883 4515
Fax : 03-8888 6200