Laman Utama
Tarikh : 14/03/2010
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Visi
Memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integrity negara dalam keselamatan dan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan akauntabiliti bersama berasaskan sistem pengurusan tripartite yang berkesan kearah Wawasan 2020.

Misi
Misi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk:
•    Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka
•    Menghargai kesihatan sebagai asset yang bernilai
•    Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

Objektif

Am
Bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.

Khusus
i.    Menentukan agar penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah selamat dan bersih.
ii.   Menentukan supaya bahan makanan yang dijual adalah:
       a)    Bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan penipuan.
       b)    Mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
       c)    Dilabel dan diiklan dengan tidak mengelirukan dan memberikan gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut.
iii.    Menentukan supaya semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Peraturan Makanan 1985.
iv.    Menentukan konsaimen makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport.
v.    Menentukan orang ramai menerima maklumat yang mencukupi mengenai aspek keselamatan.


English Version

Mission
FSQD mission is to create community’s involvement and participation in health to stimulate and facilitate people to:
•    Fully attain their health potential
•    Appreciate health as a valuable asset
•    Take positive actions to further improve and sustain their health status to enjoy better quality of life.

Vision
To ensure food safety and uphold the nation’s integrity in food safety and quality through shared responsibility and accountability on the basis of effective tripartite management system towards Vision 2020.


Objective

General
To protect the public against health hazards and fraud in the preparation, sale and use of foods.

Specifics
i.    Ensure that all food preparation, sale and storage of food material is safe and hygienic:
ii.   Ensure that all food material sold are:
        a)    Free from contamination and food additives which are not required and fraudulent.
        b)    Compliance with the established legislations and regulations.
        c)    Labeled and advertised in a clear and not misleading manner.
iii.    Ensure that all food imported into the country is safe and in compliance with Food Act 1983 and Food Regulations 1985.
iv.    Ensure that food consignments  exported by the country is in compliance with the regulations imposed by the importing countries.
v.    Ensure that the public receives sufficient information on food safety aspect.


 

More Information:

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan

Kementerian KesihatanMalaysia

Aras 3, Blok E7, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Putrajaya

Tel  : 03-88833558

Fax : 03-88893815