|
Misi
Melindung kesihatan dan keselamatan orang awam dengan memastikan
keselamatan dan keberkesanan peralatan perubatan yang berada di pasaran negara ini.
|
|
Visi
Mendorong industri peralatan perubatan di Malaysia memperolehi
pengiktirafan dan meluaskan pasaran di peringkat antarabangsa.
|
|
Objektif
-
Menubuhkan sebuah agensi yang akan menjalanakan fungsi-fungsi bagi
sistem regulatori.
-
Menggubal Rang Undang-Undang Peranti Perubatan dan
peraturan-peraturan sebagai sokongan perundangan bagi sistem regulatori.
-
Membangunkan sisyem pendaftaran dan
surveillance peranti perubatan.
-
Membangunkan kapasiti dan latihan bagi menyediakan sumber manusia
terlatih dan organisasi yang dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.
-
Membangunkan infrastruktur bagi menyokong pelaksanaan sistem
regulatori.
|
|
Fungsi
-
Mengawalselia dan mengawal semua perkara yang berkaitan peranti
perubatan, syarikat-syarikat yang terlibat dalam pemasaran peranti perubatan dan Badan Penilaian
Pematuhan.
-
Menpertimbangkan dan meluluskan atau menolak permohonan pendaftaran
perubatan, lesen syarikat-syarikat yang terlibat dalam pemasaran peranti perubatan dan Badan
Penilaian Pematuhan.
-
Menentukan dan menetapakan standard dan menyelia prosedur penilaian
pematuhan berkaitan peranti perubatan.
-
Mengawal, menyelia dan memantau kandungan dan bahan pengiklanan yang
berkaitan peranti perubatan.
-
Menyelia dan memantau sistem pengawasan pasca pasaran berkaitan
peranti perubatan.
-
Mengawal, menyelia dan memantau pengendalian aduan dan laporan
masalah mandatori yang berkaitan peranti perubatan.
-
Mengawal, menyelia dan memantau panggilan balik
(recall) peranti perubatan.
-
Mengawal, menyelia dan memantau kalibrasi, penyelenggaraan,
pemberhentian, operasi,
decommissioning dan pelupusan peranti perubatan.
-
Mengawal penggunaan dan pengoperasian peranti perubatan khususnya
peranti perubatan yang terpilih
(designated medical services) .
-
Menggalakkan dan mempertimbangkan akses awam kepada peranti
perubatan.
-
Menggalakkan dan menpertimbangkan akses kepada peranti
perubatan
-
Menggalakkan dan mempertimbangkan inovasi teknologi dan pemindahan
dan pengembangan teknologi peranti perubatan.
-
Menggalakkan dan membantu liberalisasi perdangangan dengan negara
lain berhubung dengan peranti perubatan.
-
Menggalakkan dan mempertingkatkan kerjasama dan pengiktirafan
bersaling dengan negara lain berhubung dengan peranti perubatan.
-
Memantau dan mengenakan yuran (fee) pendaftaran peranti perubatan dan
pelesenan syarikat-syarikat yanf terlibat dalam pemasaran peranti perubatan serta permit penggunaan
dan peroperasian peranti perubatan yang terpilih
(designated medical device)
-
Menasihati Menteri mengenai semua perkara yang berkaitan dengan akta
ini.
|
|
Alamat :
|
Tingkat 4 & 5
|
|
Blok E6, Kompleks E
|
|
Precint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
|
|
62590 Putrajaya
|
|
Tel No: 03-8883
2248/46/64
|
|
Faks No: 03-8888 6184/2283
|
|
|