Laman Utama
Tarikh : 20/11/2008
Bahagian Kesihatan Pergigian
URL : http://ohd.moh.gov.my

Misi   
Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disediakan dan diperoleh,  berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan. 

 

Visi
Untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk melalui promosi kesihatan pergigian dengan penekanan terhadap penjagaan yang bertumpukan pesakit  dan pewujudan perkongsian untuk kesihatan. 

 

Objektif
Untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian rakyat Malaysia melalui perkhidmatan pergigian penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan serta memberi perhatian khas kepada kumpulan kurang bernasib baik supaya seseorang individu itu dapat mencapai taraf kesihatan bagi membolehkannya hidup sihat serta menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif. 

 

Fungsi

  • Menjana perkembangan profesional pergigian dengan memberi fokus kepada mempertingkatkan kemahiran klinikal serta membangunkan karier  kakitangan kesihatan pergigian melalui latihan dan khusus lepasan ijazah yang diiktiraf. 
  • Merancang, mengatur, memantau, mengurus dan menilai aktiviti penggalakkan kesihatan pergigian untuk mempertingkatkan kesedaran penyakit dan keadaan kesihatan pergigian seperti karies gigi, penyakit gusi, kanser mulut dan lain-lain penyakit dan keadaan yang melibatkan kraniofasial.
  • Menjalankan penyelidikan kesihatan pergigian untuk mempertingkatkan evidence based practice of dentistry seterusnya menaikan kecekapan dan keberkesanan penjagaan kesihatan pergigian. 

Penjagaan Kesihatan Pergigian

  • Memperkembangkan dan mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan penjagaan kesihatan pergigian primer melibatkan kumpulan Toddler, pra-sekolah, murid sekolah, orang dewasa, ibu mengandung, wargatua serta orang kurang upaya.
  • Melatih lebih ramai pakar pergigian untuk memberikan penjagaan kesihatan kepakaran pergigian kepada masyarakat.
  • Merancangan, mengatur, memantau, mengurus dan menilai program pemfluoridaan, pencegahan dan pengesanan awal kanser mulut serta implementasi program sealan fisur.
  • Memperoleh serta membangunkan program-program kesihatan pergigian yang melibatkan teknologi maklumat dan komunikasi seperti Sistam Maklumat Klinikal Kesihatan Pergigian (SMKKP) dan APC-Online.

Amalan Pergigian

  • Menjalankan akreditasi program ijazah dan lepasan ijazah di dalam bidang pergigian melalui standard dan kriteria yang ditentukan.
  • Memantau pengamalan pergigian serta menjalankan penguatkuasaan berdasarkan undang-undang yang melibatkan amalan pergigian di Malaysia.

Untuk Keterangan Lanjut  Sila Hubungi :

Bahagian Kesihatan Pergigian

Aras 5, Blok E10, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Tel    : 03-88834216
Faks : 03-88886133