Misi dan Visi
Menjadi agensi utama dalam pengurusan perolehan, penswastaan aset dan
stor Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan
rakyat
Meningkatkan keupayaan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan,
akauntabiliti dan integriti agensi dalam pengurusan perolehan, penswastaan, aset dan stor
Kementerian Kesihatan Malaysia
Objektif
-
Memastikan perolehan KKM adalah yang terbaik dan menguntungkan
-
Memastikan semua perolehan KKM diuruskan dengan cekap, telus dan
saksama
-
Memastikan semua program penswastaan KKM dilaksanakan selaras dengan
dasar penswastaan negara
-
Memastikan semua projek penswastaan dilaksana dan dipantau secara
berkesan untuk meningkatkan tahap, kualiti dan keberkesanan perkhidmatan kesihatan
-
Memastikan pengurusan stor, inventori dan aset dapat diuruskan dengan
lebih cekap, telus, amanah dan menepati masa
-
Memastikan anggota KKM yang menguruskan stor dan aset mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan dalam bidang berkenaan
-
Memastikan semua jenis aset yang tidak ekonomi diperbaiki dan
barangan yang tidak boleh dipakai diambil tindakan pelupusan mengikut tatacara dan garis panduan
yang sedia ada
-
Memastikan urusan pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan khidmat
sokongan dijalankan dengan lebih berkesan
-
Sentiasa prihatin terhadap kebajikan anggota-anggota Bahagian bagi
memupuk semangat kerjasama, mengujudkan suasana kekeluargaan dan seronok bekerja
Untuk Keterangan Lanjut :
Bahagian Perolehan & Penswastaan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4 & 7, Blok E7,
Kompleks
E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Tel : 03-8883 3888
Fax : 03-8888 8784
|