Laman Utama
Tarikh : 19/03/2010
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
URL : http://www.bpfk.gov.my

Pengenalan

  • Dikenali sebagai Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
  • Dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia pada Oktober 1987.
  • Agensi regulatori untuk farmaseutikal dan kosmetik.
  • Sekretariat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
  • Bertanggungjawab untuk memastikan produk farmaseutikal dan produk bahan semulajadi yang berdaftar di Malaysia adalah bermutu, selamat dan berkesan untuk digunakan.
  • Memastikan produk kosmetik yang dipasarkan adalah selamat dan berkualiti.

Misi
BPFK akan memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk farmaseutikal melalui pelaksanaan undang-undang oleh tenaga manusia yang berterampilan dan usahasama strategik ke arah peningkatan status kesihatan rakyat. 

Visi
BPFK sebagai pusat kecemerlangan unggul dalam bidang regulatori farmaseutikal demi menjamin kesihatan dan kesejahteraan insan sejagat.

Objektif
Memastikan bahawa bahan-bahan terapeutik yang dibenarkan di pasaran tempatan adalah selamat, berkesan dan bermutu, serta menentukan bahawa kosmetik yang dibenarkan di pasaran adalah selamat dan bermutu. 

Fungsi

  • Penilaian dan pendaftaran produk
  • Analisis makmal
  • Pemeriksaan dan pelesenan premis
  • Surveilans
  • Pemonitoran kesan adverse ubat
  • Penyebaran maklumat
  • Latihan dan pendidikan

Untuk keterangan Lanjut  Sila Hubungi :

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan 
Lot 36, Jalan Universiti
46200 Petaling Jaya
Selangor 
Tel    : 03-78835400
Fax   : 03-79582924/03-79581312
email:
potm@bpfk.gov.my