|
PIAGAM PELANGGAN
TERAS PIAGAM
Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia.
1. KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN
|
1.1
|
Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada
Kementerian ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi.
|
|
1.2
|
Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan
kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.
|
2. TARAF PERKHIDMATAN
|
2.1
|
Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa,
hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
|
|
2.2
|
Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara
profesional.
|
|
2.3
|
Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran
yang bersih dan sempurna.
|
3. MAKLUMAT PERKHIDMATAN
|
3.1
|
Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai
perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
|
|
3.2
|
Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang
diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.
|
4. PENDIDIKAN KESIHATAN
|
4.1
|
Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting
dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.
|
KEWAJIPAN PELANGGAN
Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan
adalah berkewajipan untuk:
|
(i)
|
Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang
berkaitan
|
|
(ii)
|
Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara
hidup yang sihat dan
|
|
(iii)
|
Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara
bertanggungjawab.
|
|