Maklumat Korporat merangkumi informasi rasmi berkaitan identiti, fungsi, struktur, dan peranan sesebuah kementerian atau agensi kerajaan, termasuk visi, misi, objektif, dan strategi komunikasi bagi memperkukuh imej serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Senarai perkhidmatan utama yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memudahkan orang awam mendapatkan maklumat, kemudahan kesihatan, serta urusan berkaitan penjagaan kesihatan dengan lebih cepat dan efisien.
1. GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
2. NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.
3. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA JEREBU
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
Status
Tahap Pencemaran
Langkah-langkah pencegahan dan kawalan Kesihatan
0-50
Baik
Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum
Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.
Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.