Alat Kebolehcapaian
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.
Kelayakan untuk kursus Sijil Jururawat Masyarakat ialah Sijil PMR / kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan manakala syarat bagi kursus Diploma Kejururawatan ialah;
Semua produk kosmetik perlu bernotifikasi dengan pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) sebelum produk tersebut boleh diimport/dikilangkan dan dipasarkan di Malaysia. Maklumat mengenai status keselamatan produk kosmetik yang selamat dan bernotifikasi dengan BPFK boleh layari laman web www.bpfk.gov.my.
Semua skim perkhidmatan telah menetapkan bahawa Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk disahkan di dalam perkhidmatan, kakitangan perlu menjalani peperiksaan tersebut sama ada yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana lain Kementerian yang membolehkan calon-calon untuk mengambil peperiksaan melalui kementerian tertentu. Pada ketika ini, Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan Peperiksaan Jabatan bagi Mata Pelajaran Fungsional untuk 15 skim perkhidmatan di bawah Kementerian Kesihatan manakala bagi Subjek Umum, calon perlu menduduki peperiksaan melalui Cawangan Pengurusan Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, JPA. Semua kakitangan boleh merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan di dalam Surat Tawaran mereka. Maklumat lanjut mengenai tarikh Peperiksaan Perkhidmatan Awam, sila rujuk portal Bahagian Pembangunan Kompetensi ini: http: // kompetensi.moh.gov.my