Alat Kebolehcapaian
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Kesihatan telah menerbitkan buku digital Jom Amalkan Tip Kekal Sihat dan Cergas pada Bulan Ramadan. Buku ini memberi panduan kepada rakyat Malaysia terutamanya kaum Muslimin untuk terus mengamalkan pembudayaan hidup sihat walaupun sedang menjalani ibadah puasa. Pelancarannya telah disempurnakan oleh YB Menteri Kesihatan dalam Perhimpunan Bulanan KKM.
Bahagian Pendidikan Kesihatan juga mendapat kerjasama Rakan Strategik ANMS untuk melakukan sebaran kepada orang awam di pelbagai platform media dan aktiviti jangkau luar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat!
Semoga orang ramai mendapat manfaat dan menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna ke arah Malaysia Sihat Sejahtera.
.
Parlimen - Mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali kedua yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Dr . Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.
Mesyuarat disertai oleh kesemua kementerian yang turut dihadiri oleh YB Menteri, YB Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Bahagian dan Pegawai-pegawai dari semua kementerian.
.
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan merupakan kali pertama diadakan pada tahun ini bertempat di Bilik Gerakan KKM, Aras 4, Blok E7, Kompleks E, Putrajaya.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Bahagian dan Pegawai-pegawai dari semua kementerian.
.